Monday, July 27

Minggu pertama

Minggu ni adalah minggu pertama bagi bagi ibu dan irfan di rumah. lepak-lepak bersama tanpa kehadiran ayah...
mungkin mula-mula je tak biasa....ayah sambung blaja, bukan nye flirting dgn sesiapa..so kena la berkorban masa...untuk masa depan kita jugak!!

hari sabtu dah nampak tanda-tanda irfan nak demam.....tabiat irfan yang ibu paling tak suka adalah bukak peti sejuk dan angkut keluar segala botol air...tetapi entah mana silap....may be irfan pegang botol tu tak kuat....botol tu jatuh timpa kaki irfan........

mungkin irfan terkejut........petang tu suhu badan irfan naik....macam biasa, kalau irfan demam, irfan sangta manja.........nak dukung je sepanjang masa.....duduk nak beriba...tidur nak berteman.......


pagi ahad suhu irfan masih tak turun....ubat dah minum tapi macam takder kesan....bengkak kaki irfan dah surut tapi lebam masih tak ilang....tgh hari suhu irfan makin tinggi..irfan dah tanak makan ubat....food pun irfan tanak.....susu setitik pun irfan tak minum.....semua irfan tak nak........yang irfan mahu cuma air dan tido je itupun nak berteman...bila irfan dah nyenyak baru ibu bangun nak setelkan keje rumah mana yang tak setel.....

tak sempat nak setelkan semua, irfan dah bangun...ibu lapkan badan irfan....ibu masakkan kegemaran irfan...tapi sedikit pun irfan tak nak makan....suhu irfan dah makin tinggi...sori sayang..ibu tau irfan tak suka..tapi ibu terpaksa berikan irfan sub-pcm...

ibu buatkan irfan sup cendawan....selama ni tak pernah irfan tolak...tapi hari ni irfan tak nak.....sedih ibu!!! tapi akhirnye irfan bukak mulut bila irfan tgk air mata ibu dah menitis laju.....terima kasih sayang....walaupun irfan makan tak banyak, tapi tak apa la..asalkan ia nya mampu mengalas perut....lepas makan, irfan kembali tido di pelukan ibu.....

ubat mula bekerja bila suhu badan irfan mula turun....alhamdulillah....walupun tak sembuh sepenuhnya, tapi ia nya mampu buat ibu menarik nafas lega......

pagi isnin.....suhu irfan masih tak berganjak...tapi dah tak seperti semalam. sejak malam tadi irfan makan ubat homopati......nampak selera irfan dah kembali tapi tak sepenuhnya. irfan cuma nak makan butter cookies dan ayam goreng je....saat bingkisan ini di taip, irfan tengah nyenyak tido...suhu badan dah makin turun...hopefully petang ni irfan sihat seperti biasa....

Friday, July 24

Malaikat Kecilku

Penat seharian terlerai dengan melihat wajah mulusnya dalam pelukanku setiap malam. Bagaimana hidupku kelak tanpa dia disisi???sudah lumrah manusia..yang kecil akan membesar...yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya....

ibu....nak suuusyu...olick!!sambil tersengih dia mengunjukkan botol susunya yang kosong. bibirnya yang tersenyum lebar, membariskan giginya yang tersusun rapi bak mutiara.....sungguh indah ciptaanMU ya Allah....

Wahai malaikat kecilku....aku sungguh bahagia dgn kehadiranmu dlm hidupku....

2nd Birthday

Dah lama nak publish entry ni..tapi asyik tangguh je...

sedar tak sedar irfan dah besar..kejap je masa berlalu.....dia dah 2tahun.....


pada 12/4/2009..irfan genap 2tahun. kali ni kami sambut di kampung aku pulak...celebrate dgn tok abah dia pulak la....




selamat hari jadi sayang....ibu sayang irfan......

walaupun karenah dia kdg2 buatkan aku hilang sabar, tapi aku tak tau la macam mana nak teruskan hidup ini tanpa dia di sisi.....

Akhirnya......

Penantian selama 2bulan akhirnya berakhir...

Pada 18/7/2009.....dengan rasminya rumah kami siap direnovate dengan ubah suai seperti yang dikehendaki walaupun ada bahagian2 yang aku tak puas hati...asalkan boleh cover..oklah...hehehehe

16 dan 17/7/2009 amik cuti...digunakan sepenuhnye untuk shopping kelengkapan rumah yang dirasakan perlu....hmmm...

18/7/2009...mula start kemas2 barang...baru sedar rupanya aku dah over terbeli barang...sampai takder tempat nak letak......hari ni juga..vase kristal kesayangan ku pecah...huhuhu..sedey...tapi nak buat camne...dah ditakdirkan jodohnye dgn aku tak lama....berakhirla riwayat nye ke dalam tong sampah.....org kata tak elok simpan barang2 yg dah pecah....ntah betul ntah tak...tapi aku amik keputusan nak buang sebab atas dasar keselamatan...risau jugak kalau2 irfan usik pasu tu......gambar latest tak sempat ambik..nnti la..later karang aku upload gambar rumah yg terbaru....rumah yg sama juga...cuma tacap sikit2...

::Aku Bahagia::

semoga selamanye aku bahagia......


hmmm....i love u both....

Monday, July 13

Irfan Free Time Activities…

Check out irfan’s free time (weekend / evening) activities…

From the nursery, we drop to the playground near to our house. He likes to run here and there until knock down by other elder children.


During weekend, we bring him to the park and let him explore himself.


This is the 1st time irfan used the public transport (komuter).



Check out other activities….

For the rainy day, we just lepak at home.....