Monday, October 31

day 1 sesi bekam

alhamdulillah...akhirnya tercapai hasrat nak berbekam..
kalau ikut masa skg, dah 12 jam sesi bekam tu berakhir....

tapi ok lah...so far, back pain tu dah kurang sket...kepala pun a bit ringan..cuma kesan2 bekam tu masih terasa laaa....ye lahh..kepala dah kena toreh2...pastuh ngan aku yg bertudung (kira ok lah tu..kalu tak, confirm nmpk kebotakan itu) so kesan kena toreh tu agak terasa...bukan rasa ngilu, tapi bila kepala dah half botak, terasa lain sket laaa...hiksss

stakat ni....yg aku boleh cakap...back pain dah kurang....body ache yg lain pun dah kurang...yg paling penting...kepala dah tak sakit....

yg paling tak syiokkkk....aku rasa ngantuk je...ye lahh..abis bekam dalam kul 1.30...
dalam kul 2.30am baru aku berjaya melandingkan diri atas katil...

oklah..chow dulu...

Saturday, October 29

proceed saje

alhamdulillah...jiwa yg kacau semakin tenang...
mungkin ada silap aku dimana2...Allah memberi petanda agar aku lebih berwaspada...
adat dalam pertuturan, adat dalam pergaulan...akan ada yg terasa kann.....
namun segalanye dah berakhir.....

so, wiken ni...dah ada plan yg dirancang....
proceed je la....
itupun kalau diberi keizinan olehNya...
kalau tak, postpone je lagik.....

oklah..selamat berhujung minggu...
semoga ceria2 sentiasa...
petua tuk awet muda tuuuuu....... :)

Friday, October 28

bad feeling

sejak semalam ada bad feeling about something yg aku tak pasti....hati jadi tak tenang....perasaan aku berkecamuk....

mungkin kah hanya mainan perasaan semata...
wallahualam....

semoga perasaan ini akan segera berlalu pergi...

moviee time!!

hmmm..incik abg beli player..boleh le layan *.mkv movie...yeehaaaa!! theater set aku mmg tak support file2 besar nih...slalu nye just copy paste cite2 menarik yg format *.avi je dalam hard disk masuk thumbdrive, cucuk je kat home theater...so, bila dah ada player yg boleh run *.mkv ni...makin rancak le mangkopipes cite2...hihihii...

huh...semalam dah usha hard disk 1tb...hmmm...goyah gakk..nak beli ke tidak....yg skg punye cuma 250Gb jek..itupun dah tinggal bape Mb je lagik......dah FULL!!!...harus la beli yg lebih besar eyhhh??hihihihi....tapi bila pikir balik, wat pe kann....movie yg dalam tu pun tak abis tgk lagik.....

wiken ni pun dah ada plan....nak kemas umah!!

Tuesday, October 25

alhamdulilah

alhamdulillah, agenda yg dirancang last minit berakhir dengan jayanye...sekali dengan  mini celebration for besday girl....

skg mata dah melilau mencari bantal dan hero2 tersayang untuk beradu...
chow dulu, entry yg details akan menyusul kemudian....

oh, ya!! happy dewali day pada yg menyambut nye esok hari...pada yg lain2..have a good holiday peeps!! as for me, tiada agenda yg terancang...cuma sesi melepak bersama hero2 kesayangan je laaa...

oklah, my little hero dah menyeru tuk ngempeng...so thats all for now...

bye...good nite a have a sweet dream!!

50 Steps To a Happy Marriage....


* Start each day with a kiss.
* Wear your wedding ring at all times.
* Date once a week.
* Accept differences.
* Be polite.
* Be gentle.
* Give gifts.
* Smile often.
* Touch.
* Talk about dreams.
* Select a song that can be "our Song".
* Give back rubs.
* Laugh together.
* Send a card for no reason.
* Do what the other person wants before he or she asks.
* Listen.
* Encourage.
* Do it his or her way.
* Know his or her needs.
* Fix the other person's breakfast.
* Compliment twice a day.
* Call during the day.
* Slow down.
* Cuddle.
* Ask for each other's opinion.
* Show respect.
* Welcome the other person home.
* Look your best.
* Wink at each other.
* Celebrate birthdays in a big way.
* Apologize.
* Forgive.
* Set up a romantic getaway.
* Ask, "What can I do to make you happier?".
* Be positive.
* Be kind.
* Be vulnerable.
* Respond quickly to the other person's request.
* Talk about your love.
* Treat each other's friends and relatives with courtesy.
* Send flowers every Valentine's Day and anniversary.
* Admit when wrong.
* Be sensitive to each other's sexual desires.
* Pray for each other daily.
* Watch sunsets together.
* Say "I love you" frequently.
* End the day with a hug.
* Seek outside help when needed


source : direct email

Manfaat SURAH AL-IKHLAS

ASSALAMUALAIKUM


SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah kemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah kemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Monday, October 24

5 Simple Rules for Happiness

menceceh je

masih dalam mode bizi....plus streamyx kat umah kdg2 ok dan kadang2 tak...so takleh la nak update blog ikut suke tekak je kann...hmmm...dalam palotak byk entry yg nak masuk...esp bab masakan n bab perkembangan anak2...tapi yg tu nanti la ye...tak nyempat nak berkarangan segala bagai....ni pun sekadar menceceh..bak kata my dear sista' nih...hihihihi...

tak sabar wehh nak jumpa my dear sista' bertiga tu nanti...just hope akan ada masa utk luangkan bersama dorg......lagi dgn anak2 dara berdua kesayangan aku tuh........alahai sayang...kalau ibu atie sempat, kita jumpa eyhh...

sementara tuh, akan aku kongsi kan email2 yg aku rasa good to share....kebanyakan nye datang dari kwn2 lama masa kat univ atau dari member yahoogroup...

sharing is caring...dak gitu???

Ayat-ayat untuk pembatal sihir.

Ayat-ayat Pembatal Sihir



Cara amalan ialah niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan untuk badan kita. Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si penghantar.

Bisikan...


Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

source : facebook

Rezeki Jadi Luas kalau....... ..

Assalamualaikum....

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

Sekadar utk berkongsi. Semoga ada manfaat.

source: direct email


mr gugel : sekadar hiasan


Why do we read Quraan, even if we can't understand a single Arabic word?

Why do we read Quraan, even if we can't understand a single Arabic word?


Here is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.
Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?"
The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."


source : direct email

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama. (sumber : email)

Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh

Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebuta dalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Wednesday, October 19

The wheel just spinning again

Putarrrrr....

Tuesday, October 18

atas nama sebuah kehidupan

Manusia seperti sebuah BUKU. Cover dpn adlh tarikh lahir, Cover blkng adlh tarikh kematian. Tiap lembar, adlh tiap hari dlm hidup kita & apa yg kita lakukan.


Sekali tertulis, tdk akn boleh di'EDIT' lagi. Tp seburuk apapun halaman sblmnya, slalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru & tiada cacat.

Sama dgn hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH slalu menyediakn hari yg baru utk kita. Kita slalu dberi kesempatan baru utk melakukan sesuatu yg benar dlm hidup kita setiap hari.
 
 

Kesilapan dan kelemahan

setiap org takkan lari dari melakukan kesilapan...itu mmg kelemahan setiap seorang dari kita.
kesilapan dalam pergaulan...
kesilapan dalam tutur kata...
kesilapan dalam bentuk perbuatan....
dimana sahaja...dalam apa jua bentuk....
tiada yg perfect!!

tapi kesilapan jua la yg mengajar kita erti kesabaran...
kesilapan jua mengajar kita utk berwaspada dalam apa jua tindakan....
kesilapan la yg mengajar kita untuk berfikir sebelum bertindak...

bila terlalu mengalah, kita yg akan ditindas,
bila terlalu mengalah, kita yg memberi peluang utk org lain menindas....

tapi...
kadang kala kita perlu jua untuk mengalah....
mengalah bukan beerti kalah....
mengalah jua bukan beerti aku lemah.....

aku mengalah utk meredakan suasana..
aku mengalah utk mengelakkan hati ini terus disakiti....

kadang kala mmg berbaloi utk mengalah...
tapi bila mengalah, dan org makin mengambil kesempatan.....
perlu ke aku terus utk mengalah....

ya...aku juga tak lari dari membuat kesilapan....

kesilapan ini mengajar aku untuk bersabar...
kesilapan ini yg mengajar aku erti kasih sayang...
dan kesilapan ini yg mengajar aku utk lebih berdikari....

Monday, October 17

akhirnya..berjaya jugakk!!

dari dulu lagik, mmg feveret nih..kalu beli pun tak cukup kalau hanya beli singgit je....kalau dapat yg sedap oklah..berbaloi2...tapi selalu nye....hmmm...adat org meniaga la kot...nak kan untung lebih tapi kualiti tak jaga...dari harga 4ketul singgit, naik ke 3ketul singgit..pastuh skg ni dah 5ketul dua ringgit....itu belum lagik tang saiz nye...makin lama makin kecik n inti pulak makin lama makin kosong....aiyakkk...

actually dah banyak kali aku cuba buat..tapi end up mmg tak jadik...last2 aku uli bagi nipis pastu gulung je...buat cam sadin gulung tuh...hehehehe....

tatau le, last week...teringin sangat nak makan karipap ni....lupa plak nak beli yg frozen masa beli brg dapur tuh...masa dok try klim2 tu..maid aku datang pastuh offer diri nak nolong....huh...syok je tgk dia dok mengelim....tapi maid aku ni klim besar gabak ko...huhuhu..tapi dari klim besor gabak tu le yg aku blaja...ye laa..bila klim besar gabak camtu, nmpk le camne benda2 tu terpintal kannn......akhirnye.....jadik jugak aku mengelim...cantik tuuuuu....bangga jap...

yg ni versi klim aku okeh...cantik dakk?
skg ni kalu dok umah, takde benda yg aku nak buat, ni le keje aku...uli2 tepung pastuh buat karipap....pastuh frozen kan je...pepagi nak keje, aku suh maid aku gorengkan...done!! so skg ni..hari2 aku bley makan karipap..puas hati...inti penuh!! rasa pun mavelesss....hati senang, perut pun kenyang!!!

so wiken ari tu, aku dah restock karipap frozen ni....inti ikan goreng sambal kering n karipap kentang+daging...

Wednesday, October 12

No Title

Tak sah kan, kalu tak mengarut kat sini tatkala ada freetime, even hanya ada few minutes pun…jadik laaaa kan….

Sori le, lately ni mode kebizian terpaksa di turn ON kan…nak memblog pun tadak masa…tapi masih ada masa publish komen kawan2 dan jengah blog2 dorg….tak caya? Sile la letak komen…konpem pas aku publish, ada le komen aku bertepek kat blog korang…hihihi…

Selamat hari rabu….post sebelum ni dah letak dahh wordless Wednesday (auto-publish)..yerlah…tepek gambo je kan, boleh le buat auto-publish..nak menceceh mmg takde nye sempat nak buat auto-publish…idea ni kadang2 ada..kadang2 takde…ni pun post yg takde title….saje je nak menceceh kat sini….

Wordless Wednesday

L.o.t.s   O.f   L.O.V.E

Tuesday, October 11

menu dinner

menu dinner kami semalam...ntah le, tetiba plak boleh teringin nak makan black pepper steak la..nak chicken grill la...nak makan kat luar pun, pepaham je la..ngan the boys lagik...aiyoo..kang tak tenang nak menjamu selera..nak pi ngan incik abg saje, cam kejam laks... last2 balik keje je terus ke dapur...dalam masa setengah jam sume dah ready terhidang atas meja...
alhamdulillah....walaupun rupa tak berapa menarik ngan takde hiasan pape..tapi rasa nye tetap mavelesss...

Tetamu Allah

selesai sudah sesi menghantar kedua mertua ku ke tabung haji kelana jaya. semoga mereka selamat tiba disana dan mendapat haji yg mabrur..didoakan jua agar Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada mereka sepanjang mereka berada disana....

insyaAllah...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad



عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ

{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya .... Riwayat Turmizi

{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }


Pengertian Haji

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

sumber info dari >>SINI<<

Thursday, October 6

:: Busy Mode ::