Tuesday, April 27

deco...deco....deco....saje je copy n paste..senang nak tgk kemudian...

Hiasan rumah setanding hotel lima bintang

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

PERNAHKAH terfikir apa yang berlaku kepada hiasan-hiasan hotel lima bintang apabila hotel-hotel tersebut melakukan pengubahsuaian besar-besaran dan tidak memerlukan hiasan itu lagi?.

Ia sama ada dibuang atau dikitar semula, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung hotel yang mengagumi hiasan tersebut memilikinya.

Hampir semua hotel lima bintang menghiasi bilik-bilik mereka dengan perabot bermutu tinggi, malah mereka juga kerap menukar perabot yang masih elok dan sempurna keadaannya setiap tiga atau empat tahun bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Kin Peun Trading, salah sebuah syarikat penjual semula perabot terpakai, bergiat khusus memperoleh hiasan dalaman hotel-hotel bertaraf lima bintang di serata dunia termasuk dari Hong Kong, China dan Amerika Syarikat. Hiasan-hiasan ini kemudian dijual di Malaysia dengan harga yang sangat rendah.

Antara koleksi yang boleh diperoleh di syarikat berusia 10 tahun ini termasuk almari, katil, meja sisi, meja makan, lampu, sofa, lukisan, kain serta pelbagai lagi.

Pemiliknya, Mok Wai Kin berkata, pelanggan tidak perlu risau dengan tahap kualiti produk kerana kebanyakan hotel-hotel antarabangsa biasanya menghiasi bilik mereka dengan fabrik dan penyempurnaan yang mewah.

Menurutnya, kebanyakan perabot tersebut diperbuat oleh pereka dan pekilang perabot termasyhur dunia dan sering menonjolkan tatahan kayu, saduran emas, stail yang elegan serta permukaan granit dan batu marmar.

Bahkan, kesemua perhiasan ini boleh diubahsuai untuk kegunaan di rumah.

Menurut Wai Kin lagi, kedainya kerap dikunjungi oleh pereka hiasan dalaman untuk mendapatkan perabot yang berkualiti.

‘‘Kadang kala, sebuah sofa boleh diperoleh pada harga RM300. Berdasarkan mata kasar seorang pengguna biasa, sofa tersebut mungkin tiada keistimewaan, tetapi bagi pereka-pereka yang pakar mereka biasanya tahu bahagian luar sofa tersebut sangat mahal dan mereka akan memperbaiki sofa tersebut sebelum menjual semula dengan harga sehingga RM3,000,’’ katanya.

Beliau berkata, kedainya menawarkan perabot terpakai beraneka stail dan kuantiti mengikut cita rasa pelanggan, tidak kira untuk menghiasi butik, premis perniagaan atau rumah sendiri.

‘‘Kin Peun sering mendapat stok barangan baru (dan terpakai) yang sentiasa dipamerkan setiap bulan. Para pembeli dijamin mendapat kepuasan membeli. Bagi sesetengah pembeli, barangan yang dibeli adalah barangan yang mereka lihat sendiri di premis kedai,’’ katanya.

Menurut Wai Kin, memandangkan ia perabot terpakai kemungkinan terdapat cela atau kecacatan seperti calar atau tanda lusuh, kadang kala tidak dapat dielak.

‘‘Bagaimanapun, syarikat kami seboleh mungkin akan memilih perabot terbaik untuk setiap pembeli. Apa yang boleh kami katakan, hotel-hotel bertaraf lima bintang lazimnya menukar hiasan bilik lebih kerap berbanding hotel biasa dan kebiasaannya hiasan dalaman mereka berkualiti tinggi dan berkeadaan sangat baik,’’ jelasnya.

Tambahnya, para pembeli perlu menguruskan pengangkutan sendiri atau membayar bayaran minimum jika mahu pihaknya menguruskan penghantaran.

‘‘Kesemua barangan yang ingin diangkut hanya semasa waktu perniagaan dijalankan, iaitu antara jam 10 pagi hingga 6 petang iaitu hari Isnin ke Jumaat,’’ ujarnya.

Untuk maklumat selanjutnya, boleh menghubungi 03- 62582188 atau mengunjungi bilik pameran Kin Peun di 22, Sri Utara, Batu 7, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

4 comments:

  1. owh..info yg sgt bagus bg kiter2 yg nak deco2 umah / masuk umah baru..Nur pn dh plan dgn hbby nk renovate umah sket2..tp Jln Ipoh..jauh 2..stkat cuci mate ok kot..

    ReplyDelete
  2. nur dok mana? kami pun tak pegi lagi. pasal kedai ni pun my aunty yg bagitau...

    ReplyDelete
  3. best giler laa... aku tatau la bila nak pergi. sebab aku tgh renovate rumah better aku simpan duit dulu kang tetiba bill sampai takde duit nak bayar pulak. hahahahaha

    ReplyDelete
  4. hannah: its ok...renovate dulu bagi cantik2..pas renovate kang, boleh pegi n baru boleh plan nak letak apa n kat mana...nnti house warming jgn lupa jemput...hehehe

    ReplyDelete