Thursday, August 12

Air mata di bulan puasa....

Bila tiba bulan puasa ni mesti ada menu yg kita nak sgt makan kan? Lebih2 lagi kalau dah berjauhan dari kampong…teringat zaman kanak2 dulu….macam2 juadah arwah umi masak semata nak galakkan kami berpuasa…

Bila umi dah takde…bulan puasa kami sambut seadanya sahaja…kami adik beradik sama2 masak….arwah meninggal masa aku umur 12tahun…masa tu tak reti masak..kerja rumah pun tak reti buat….bila arwah pergi dalam keadaan macam tu, kelam kabut juga la dibuat nya….nasib baik abah terer masak….nak tanak kami adik beradik blaja masak sama-sama…..abah jadi cikgu masak...hehehhe

Tahun ni dah tahun ke 11 aku berpuasa di KL….adik2 pun dah merata duduk nye….abah tinggal sorg2 je kat rumah…..alahai…bila la nak balik ni…rindu nak balik berbuka di kampong….walaupun juadah disediakan sendiri…tapi feel tu lain....

Rindu adik2…rindu abah….rindu semuanya yg ada kat kampong……rindukan suasana kat sana…skg ni incik abg tgh blaja….so amat payah nak selit masa balik sana…nak tanak kena gak tunggu raya….nnti boleh la amik cuti awal sket..balik berbuka puasa di sana…terawih dan chit chatting ngan famili…..aduhai…rindu nyee….

alahai….setiap kali terkenangkan kampong…pasti air mata ini akan menitis lagi…..

4 comments:

  1. Atie...kenangan bersama keluarga dan adik beradik ketika sama2 berpuasa ketika arwah mak ada memang tak boleh lupa...sedih...

    Akak dah 16 tahun berpuasa tanpa ibu...tapi masih rindu padanya...

    AL-FATIHAH buat arwah mak akak & Atie

    ReplyDelete
  2. semoga ramadha ni buat awk jd lebih tabah...
    al-fatihah untuk awk dan keluarga...
    salam ramadhan...

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH buat arwah mak akak

    saya pun rindu nk balik umah nih!!besok jgk kene balik..ape nk jadi jadilah

    ReplyDelete
  4. Baru je tahun lepas ayah pergi, ni first time ramadhan tanpa ayah. sedih la jugak, tp yang pergi biarkan pergi. yang hidup perlu meneruskan hidup~~

    ReplyDelete