Tuesday, December 14

Tiket wayang free…


Sebelum ni dah ada entry pasal kami ada tiket wayang free…given by my boss (thanks yaaa)

Bila dah ada tiket free…mula2 skali aku tgk expired date dia bila….ok..ni adalah open tiket so, takde la terikat dgn mana2 movies…

First 2 tickets go to: Adele, rise of the mummy…
Tengok tajuk saje aku bayangkan cerita nye seperti cerita mummies yg lain….tapi, end up..aku rasa tak berbaloi…rugi masa n rugi segalanya…tapi ini bagi aku laa..org lain mungkin lain pulak….cerita yg aku tatau apa ending…pengembaraan seorang kakak yg mencari mummy untuk dihidupkan dan membantu mengubati adiknya yg dah separuh mati…mmg adik dia dpt disembuhkan…tapi apa yg terjadi kepada sekumpulan mummies yg telah dihidupkan? Cerita yg bagi aku tiada kesudahan…ending yg tergantung…sampai ke hujung cerita sampai kredit dah abis pun tak ada di siarkan kesudahan cerita…
walaupun cerita ni takde ending, tapi pengajaran yg aku dapat adalah mengenai kasih sayang antara adik beradik yang melebihi segala nya...sayang kakak terhadap adik nya yg tak berbelah bahagi dan sanggup melalui apa sahaja demi melihat adiknya kembali ceria....

Next 2 tickets go to: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1
Aku takde nak komen…berbaloi for my ticket n time….tak sabar untuk Part 2…and I guess it will be the end of 2011…dan seperti biasa, semangat setiakawan memainkan peranan dalam menjayakan setiap misi. bagi pendapat aku, bukan senang untuk mencari seorg sahabat yg setia dan sedia berkorban setiap masa....and if u have one, jaga perasaan mereka seperti menjaga perasaan sendiri...

Last 2 tickets go to: The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader
jalan cerita yang menarik...mampunyai makna yg tersurat dan tersirat...apa yg aku boleh capture dari filem ni, kita perlu yakin dgn diri sendiri dan tidak perlu manjadi org lain semata melihatkan kelebihan yang ada pada mereka....setiap insan mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri....disamping kami, ada sekumpulan anak yatim turut menonton cerita ini...melihatkan mereka sahaja, aku bersyukur yang aku masih mempunyai keluarga dan kawan2 dimasa senang mahupun susah.....Alhamdulillah


sekian saje...tiket free dah abis...so pasni dah tak perlu nak bersesak kat memana cinema...

0 Comments:

Post a Comment