Tuesday, June 29

My Nu Day

hmmmm..bila dah biasa pakai internet banking yg ni..terasa leceh plak nak kena tukar2 bank ni...alahai...nak tanak memang kena bukak akaun lain le....

leceh nyeee.....takpe la...terpaksa redha je la...

setiap yg baru dan lama, ada pros and cons dia..setiap satunya ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..tapi kalau dah sampai nak kena buat balik semua skali...tak ke leceh nama nye?aduhai...esok sehari suntuk le aku meronda KL/Selangor ni, nak kena setelkan apa yg perlu...




berkuatkuasa 1julai, aku perlu lalui semua nya sekali lagi...alahai....dah le sorg2...mana nak rujuk pun tatau...xpe la...redha je la kan...asalkan setiap bulan ada nilai dalam akaun aku..... :D

cuti-cuti malaysia...

hmm...sempena mood cuti-cuti malaysia ni...sempat la jugak aku update blog ni...cuti mana??cuti-cuti cheras..hahahha...

baru je sampai rumah, masak2 lunch..makan..lepak2...so nak update sket2 blog ni...full entry tuk cuti2 malaysia...kemudian la..

Saturday, June 26

Daging Masak Merah Special

1kg daging
5 helai daun limau purut
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
garam
serbuk kunyit
1 cawan air
sedikit minyak

bahan blend
*********
2ulas bawang putih
2cm halia
5-10 tangkai cili kering

- daging di potong dan di perap dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
- masukkan daging ke dalam kuali dan masukkan air. masak hingga air kering.
- bila air dah kering, masukkan minyak, bahan blend, daun limau dan serai....kacau sebati dan goreng sampai sambal betul2 masak...
- last skali, masukkan bawang besar dan gaul sebati.
- boleh tambah hirisan tomato kalau suka

Ketupat Sotong

10 ekor sotong sederhana besar - keluarkan kepala dan bersihkan
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnye
1 helai daun pandan
10 batang lidi

- Bersihkan beras pulut. pastuh rendam dgn santan dalam 10-30minit. Toskan beras manakala santan tu masukkan ke dalam periuk yg hendak digunakan.
- isikan beras pulut ke dalam sotong kira-kira 1/3 penuh. tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk dgn lidi.
susunkan sotong ke dalam periuk yg berisi santan tadi.
- masukkan gula, gula melaka, garam dan daun pandan. masak hingga pekat.

Friday, June 25

Nasi Kerabu

untuk nasi, tanak cam biasa cuma tambah kan sedikit garam, pewarna dan daun limau purut.

Tumis:
*****
bahan blend
5-10 tangkai lada kering
1/2 biji bawang besar
2ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit

2cawan santan pekat
2btg serai - diketuk
2keping asam gelugur/asam keping
garam & gula secukup rasa

- panaskan minyak dan tumis bahan blend. bila dah naik bau, masukkan bahan2 yang lain....

Sambal Ikan/Kelapa
****************
1 ekor ikan kembung - dibakar -ambil isi
1 cawan kelapa - goreng tanpa minyak
2ulas bawang putih dan 1/2 biji bawang besar
garam dan gula

- tumbuk bawang putih dan bawang besar, campur kan dengan isi ikan. digoreng tanpa minyak sehingga kering.
- gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa goreng. tambah sedikit garam dan gula secukupnya

Kerabu
******
daun kesum
kubis
kacang panjang
taugeh