Friday, July 16

logik ke alasan yg dia bagi?

hangin kejap baca paper hari ni.....logik ke alasan kenaikan ni? pelik kan....kalau la nak rakyat amalkan hidup yg sihat...kenapa harga rokok tak dinaikkan ke paras siling? dan kenapa cukai makanan segera pun tak dinaikkan? kalau gula yg naik...minyak yg naik, kesan dia besar yg amat...bila 2 benda ni naik...segala2 nye akan naik....kalau makanan segera ke rokok ke...org yg berduit je yg makan....dah le harga ayam pun dah naik...pasni...sure yg lain2 pun akan ikut serta....

bila dah naik....xde la plak nak turun...harga barang akan kekal sehingga harga minyak naik lagi..naik dan naik lagi....

dok pikir pasal org keta kancil upgrade ke keta besar....tak de plak nak pikir yg org hari2 tak makan tuu....hmmm inilah yg dikatakan...rakyat di dahulukan....papehal...rakyat yang tanggung dulu.....

dulu aku penah masuk dlm satu rumah...kwsn rumah aku gakk...rumah tu dorg sewa...alhamdulillah la....ada gak rumah kann..ngan anak2 yg sedang membesar..yg paling bongsu pun muda setahun dr irfan....

time tu...aku nak selamatkan EBM aku yg selonggok tu sbb peti ais umah aku rosak....bila aku nak tumpang letak EBM tu kat umah jiran aku tu...aku tgk peti ais dorg kosong....KOSONG....xde apa2...yg ada telur ayam 2bijik...hujung minggu plak tuu...adoyaiii...tu kwsn umah aku....yg sewa nya masih boleh tahan...

bagaimana pulak di kawasan2 lain? setinggan? yg tido merempat...adoyaii...xpe la..ni kan kerajaan pilihan bersama....apa2 pun kena la tanggung bersama ye dak?? nasib baik le bil air free....tapi tatau le smpi bila.....

xpe la...jom la pakat2 rayakan kenaikan harga barang lagi....

harga barang naik...tapi gaji tak jugak naik2....pastuh tiap2 taun kena bayar income tax lagi....



--------------------------------------------------------------------------------------

Harga gula, petrol naik ---sumber: harian metro


2010/07/16

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.
Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG RM1.85 sekilogram. “RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan mekanisme harga automatik. Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.

“Bagi gula, pelarasan harga 25 sen sekilogram,” katanya.

Menurut Najib dalam kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.

“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.

“Walaupun membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara terendah di rantau ini,” katanya.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.

Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula berasaskan hakikat pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu berasaskan tiga perkara penting.

Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan rakyat tempatan berpendapatan tinggi yang mampu membayar harga tanpa subsidi.

Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau kereta Kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.

Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.

Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini. Pada 2009 saja, Najib berkata, penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan. “Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu,” kata Perdana Menteri.

Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.

Najib berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengadakan perundingan dengan rakyat.

“Beribu-ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian pada Hari Terbuka Makmal Dasar dalam proses mendapatkan maklum balas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Bagi reformasi subsidi, bajet, Program Transformasi Kerajaan dan kini Bidang NKEA, kerajaan membabitkan orang ramai, mendengar dan belajar, dan bertindak, mengikut keutamaan negara,” katanya.

Beliau berkata, langkah ini dilaksanakan supaya ia hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

“Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani,” kata Najib.

Dengan memilih melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisit fiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia, kata Najib.

Perdana Menteri berkata, langkah ini akan meningkatkan kestabilan kewangan Malaysia dan pada masa yang sama melindungi rakyat. - Bernama

6 comments:

  1. hah...tu la pasal...sakit ati den smpi xtau nk luah cmane...

    ReplyDelete
  2. pru lepas ko pangkah mana? kalo pangkah Barang Naik jgn dok mengeluh dalam blog! kalo tak pangkah Barang Naik utk pru akan datang pakat2la nasihat sahabat handai, sedare mare buat pilihan bijak pilih kerajaan.

    ReplyDelete
  3. adam : aku pangkah siapa yg memerintah kelantan skg!!

    ReplyDelete
  4. hidup PAS....Hidup Tok Guru....

    ReplyDelete
  5. adam : apsal tak tinggalkan link..boleh jugak kita tgk dia ni sape...ni mesti geng Barang Naik ni....kekekek

    ReplyDelete