Friday, March 26

Minda: Keberkatan susu badan

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.

Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.

Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.


Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.


Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.


Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.


Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.


Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.


credit to harian metro 2010/03/26

Sunday, March 21

Home Deco Pt 3

2010....gadget yg diingini selama ini........

42" LCD TV.......



hmmm..rasanya cukup setakat ni buat masa skg...untuk major part.......kalau deco yg kecik2 tu mebi ada la kots..huhuhuhu....wiken masa dihabiskan dirumah sahaja.....sambil cari2 idea nak deco umah camne.....aku pun bukan nye kreatif punn...

Home Deco Pt 2

major renovation adalah pada akhir 2008.......

1. living room......

untuk living room, pecahkan dinding.....gantikan dengan glass box..tuk bagi terang sket kat ruang tamu tu..so xder la gelap sgt....and pasang lampu dinding....and cat



bhgn siling, letak cornish, plaster siling....adjustable down-light.....


2. Kitchen

untuk dapur cuma selaraskan lantai..takder la bertingkat-tingkat.....kalau tak..asyik dok tersepak je lantai yg lebih tinggi tu....and cat

3. Toilet

just tukar tiles......and cat

Home Deco Pt 1

hmmmm.....mula pindah rumah ni pada tahun 2006...2months after married....masa mula2 tu...just ada lampu, kipas dan dapur. tv dan set home theater mmg hubby dah beli masa belum kawen lagik...
masa tu pulak dapur baru pasang table top jek....pelan2...beli barang sikit2....mula2 beli mesin basuh dan peti sejuk je...hujung tahun 2006 tu...beli set sofa ngan meja makan.....sumer benda basic2 saje.....masa tu dah nak raya kalau tak silap.....kira nye cam gadget for raya laaaa..hhuhuhuhuh...tapi jenuh la..dari satu kedai ke kedai lain...payah nak bekenan...akhirnya jumpa yg comel ini....





mana ntah gambar meja makan..aku pun dah lupa mana letak..tapi kaler hijau jugak...

tahun 2007...masa tgh tunggu masa nak deliver irfan...kami pasang kitchen cabinet...kira not bad la...org tu dtg rumah dan ukur.....dalam masa dua bulan tak silap...sume setel..



tempat oven tu jadik kosong...sbb masa dia dtg ukur tu...dia ukur oven kecik kami yang akhirnya rosak dan sudah dibuang..bila digantikan dgn yg besar...dah tak muat..so tempat tu dah jadik tempat letak spice sume....

Friday, March 19

Nursing Cover

hmmm...terpikir nak beli nursing cover ni bila pegi ikano last time..bawak irfan dan afiq skali.....mula2 sampai mmg best...dah susukan afiq sepanjang perjalanan ke sana..so bila sampai tu..afiq dah kenyang....senang sket nak jalan2.....cuma handle irfan jek..sbb afiq dah lena dibuai mimpi...huhuhu...

lepas pusing2.....afiq dah tunjuk tanda nak bangun and nak susu..alamak..kena cepat carik baby room...jumpa mmg jumpa..tapi PENUH!!!!masa tu kami dekat the curve...baby room mmmg cantik tapi hanya ada 3 partition tuk nursing.....hampir 15minit tunggu tapi takder tanda2 ada org nak kluar...huh..masalah ni.....so i rush ke surau......nasib baik ada tempat duduk....w/pun terpaksa bf anak kat open space..redha je la.....hmmm....afiq just minum kejap je....

lepas tu i rush balik ke baby room sbb afiq dah poo-poo.....ayahnye ngan irfan g solat la pulak....hmmm..tunggu kejap la sbb diaper beg dgn ayah....afiq kalau nyusu, mmg akan ulang 2-3 kali smpi dia tido...so i just lepak kat depan baby room..in case dia nak nyusu lagik...tepat seperti yg diduga..tak smpi seminit pun lepak situ....dah minta susu lagik....kali ni dpt nyusu dgn aman nye kat nursing room....xder la nak cover2 lagik.....

time tu la rasa camne skali pun, nak kena carik gak nursing cover......

survey punye survey...akhirnya i jumpa jugak...so pasni nak kluar mana2..sure i akan bawak nursing cover ni..in case tak jumpa baby room / nursing room penuh....so i boleh lepak mana2 dgn aman nye.....

Monday, March 15

what should come first...??

hmmm....bila weekend berakhir, rasa sayu jek nak tinggalkan anak2 kat pengasuh(cos my bibik tak sampai2 lagik)...kalau la masa boleh dihentikan buat sementara waktu..rasanye hari2 aku nak hari ahad je....huhuhuhu....

i love my job...cos from there i will earn my own money for my beloved family. since husband sambung blaja, xleh la nak demand lebih2..huhuhuhu....need to cut down the budget.....except for pampers..susu....and anything involved my kids....yg lain...sume nak kena cut down....

blaja, kalau pakai duit sendiri..parah le sket....papehal.....famili come first.....yeah....famili....tapi kalau jobless pun tak guna....so 2-2 nak kena seimbangkan...hmmmm...

skg bukan masa untuk carik keje lain....bukan masa nak tambah eksesori peribadi...skg adalah masa tuk maintain apa yg ada....aku dah ada rumah sendiri...keta sendiri....itu dah mencukupi buat masa skg.....

teringin tu ada...nak tukar keta....nak deco umah cantik2.....tapi......hmmmm...org kata ukur baju dibadan sendiri......sedey gak...isk....bila la nak kurus ni....lepas deliver ari tu, berat tanak turun2....tapi nasib baik gak xnaik....kalau tak...ukur baju...kena beli kain lebih le...huhuhuhuhu

fridge....

sakit hati je bila peti sejuk dah tak sejuk...bahagian beku dah tak beku....baru 3tahun lebih pakai....hmmm...nasib baik sedar dari awal...nasib baik EBM sempat diselamatkan.....terselamat dek peti sejuk jiran.....hmmm..kalau tak..menangis tak berlagu la.....by night, peti sejuk dah kembali beroperasi....thanks to uncle yg repair fridge aku.....jauh dia kena pegi untuk dptkan spare part yg baru.....heheheh..yer la..aku nak fridge tu to be fix a.s.a.p......

time-time camni le pulak nak rosak...nasib baik EBM selamat....

sama tapi tak serupa.....

makin lama...makin menyerlah...nampak irfan dlm diri afiq...cuma bezanya..irfan tak sebotak afiq, a.k.a rambut irfan lebat!!!

hmmm..nak kata potostat muka abg nye pun tak juga...tapi melihat afiq...seakan melihat irfan ketika masih bayi.....hmmm...jgn perangai pun ikut abg udah la ye.....pening kepala ibu nanti....

tapi 2-2 ibu sayang...2-2 nyawa ibu......

(later la masuk gambar....)

Bye bye BABY

byk kenangan dgn BABY....1st time drive kat kl....1st time sesat....semua blaku ngan BABY...semuanya aku ceritakan kat BABY...jalan-jalan di kl....semuanya kerana BABY..balik kampung......1st time accident...semuanya dengan BABY.....

tapi skg BABY dah takder...huhuhuhu..sedey pun ada....tapi xpe la kan...ini semua untuk kebaikan semua pihak...biarlah org lain pula yang ambil alih jaga BABY.....

bye bye BABY......ada rezeki nnti kita jumpa lagi.....

irfan dan afiq....lalalalalalalalala

lately ni selalu je back pain....pening2...loya2....

hushh....takkan le...afiq baru je 3 bulan....wakakakaka...mustahil!!!!

dont worry, nothing happen..just tak cukup rehat je....dpt satu hari m.c...tido je la...so now...back to normal again..tapi selagi afiq masih menyusu badan..macam mana nak dpt kan tido yg mencukupi????

luckily skg ni pegi n balik keje ngan hubby..so penyelesaian buat masa skg ni...tido dlm keta je la.....on da way pegi keje n way back home!!!jammed!!!!

tapi kan..entry ngan tittle nye cam tak kena kan.....hmmm..pedulik leeeee....hihihi