Sunday, January 30

Katarak Mata


sumber: mr google

"Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat pengerasan lensa yang tidak terhindarkan, tanpa ada rasa nyeri maupun rasa tidak nyaman. Biasanya penyakit katarak kebanyakannya dihidapi oleh pesakit diabetis. Penyakit ini berlaku apabila kanta mata semakin legap dan mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Kanta yang semakin legap akan menyebabkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang. Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam indidvidu yang telah melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka." sumber: majalah sains

Alhamdulillah, pembedahan mata MIL aku berjalan lancar....

mood baju kurung

hari ni aku mood berbaju kurung...biasanye, kalau lepas kenduri je aku terus salin..tapi hari ni mebi mood malas pun ada....aku berbaju kurung sampai ke lewat petang....yeay!

Thursday, January 27

Rasa macam tak baloi je

Kdg2 aku rasa cam tak baloi menolong org yg tak appreciate pun ngan apa yg aku buat...aku bukan nak salahkan sesiapa pun cuma salahkan diri sendiri yg concern pasal kesusahan org lain...*ni bab ter kesian dgn org ler*

Noted...pas ni mmg aku akan ignore je.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, January 26

suka suki je tag aku....

aku paling tak suka kalau org suka2 tag aku nak promote benda bodoh camnih....

"RM100 hari2 dgn hanya login facebook"

pikir logik pun dah tau...terang2 menipu org..ada ke yg nak bagi aku RM100 dgn hanya login facebook? kalau ikut apa yg dorg bgtau tu, mula2 kena bank-in RM100 kat akaun dorg..pastuh promote kat member suh masuk gak....boleh...boleh blah!!

senang je nak handle org camnih...pegi page dia n 'unfriend' jer....bagi aku, ko nak tipu, pi tipu org yg pikir pakai kepala lutut larr...



bila nafsu mengusai diri...

tgk pada tajuk saje dah meremang bulu roma ....."Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik"

mak aih...seram sejuk je,

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.


Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.


Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.


“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.


“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.



mungkin dorg ni amik motto "acu cuba try test" tak cuba mana tau kan....bila anak dah lahir, samada dibuang atau bagi org, bagi aku sama saje.....tetap ada dosa zina...kalau kena rogol, takkan le tak leh nak repot polis....

aku penah terbaca mana ntah...yg pompuan siap kata yg dia tak sedar...tak tau pun kejadian tu berlaku...yg dia tau, dia tak dtg period 8 bulan....excuse yg paling ntah pape...hmmm..kalau bukan suka sama suka...takkan langsung tak sedar? pelik bin ajaib pulak bila kata tak tau.....perogol yg budiman...lepas rogol, pakaikan balik baju n undies....so, pompuan tu takde la syak dia dirogol.... "tak ke pelik statement camni"

takkan le sampai 8bulan tak sedar diri kena rogol...pelik!! tak rasa movement from inside ke? ...lawak..lawak...

Tuesday, January 25

Runtuhnya tembok pertahanan dengan deraian air mata….

Bukan topic bola ok?

Ni masalah aku bila tiba ari isnin…black Monday!! Selain traffic jamm, selain perasaan malas+mood cuti ujung minggu yang tak abis, isnin jugak menyaksikan anak2 jadik penjaga pintu…mendepangkan tangan tak kasik aku kuar!!

Aiyakk!! Masalah yg selalu je berlaku pada hari isnin, selasa dan rabu…..setiap pagi, bila aku dah siap2 nak pegi keje, mula la…yg sorg jaga pintu…yg sorg lagi tukang tarik baju…mengekor je kemana aku pergi…maid pun dah takleh buat apa…si kecik tu boleh la nak handle…..

Semalam agaknye cara aku agak kasar kot….aku tarik Irfan ke kedalam n aku terus bolos kuar…adik? Adik dah selamat dipegang maid…so cuma dgr dia meraung je la….lepas bolos je kena cepat2 tutup grill n kunci….baru diyakini selamat budak2 tak terlepas keluar…..

Hari ni, awal2 irfan dah ckp “ibu jgn tolak Irfan eyhh….dosa tauu!!” aiyakk~~ mati kutu aku camni…..so ari ni, aku melilau kejap dlm umah….irfan dah siap2 buat gawang pertahanan sambil ckp kat aku “ibu takleh kuar eyhh…ibu kena dok umah jerr” aiyakk!
Ok, balik pada citer, bila dah abis idea nak buat camne, last2 aku ke dapur n tapaukan food tuk breakfast….saje2 je melambatkan proses menapau..last2 irfan masuk dapur..n Tanya apa aku tgh buat….sambil bagi signal dekat maid, aku ckp “ibu nak bawak bekal g opis..nnti ibu makan kat opis je…irfan ngan adik dok umah…”…..zzzaaasssss…sepantas yg boleh aku berlari ke pintu…maid dah siap2 ready untuk pegang Irfan….so aku lepas!! Afiq pulak tgh leka….tapiiiii…….

Dgn terlepas nye aku dari gawang pertahanan anak2…bermakna aku akan mendengar lagi anak2 aku menangis…iskk…T_T sedey ok…..sayang anak ibu…..anak2 ibu kena paham….hidup ni kena ada pengorbanan…kalau ibu tak kerja, macam mana nak beli susu, pampers dan keperluan lain?

Monday, January 24

kawan atau lawan?


bila bercakap pasal kehidupan, baik org lain atau aku sendiri pun....kita takkan terlepas dari caci maki org...ye la, tak semua org sukakan kita n tak semua boleh terima kita seadanya....


aku tak kisah le sume tu, asalkan aku tak kacau org.....dan aku masih hidup dikalangan ahli keluarga..aku tak kisah apa org kata pun...org nak komplen anak aku ke apa ke...pada aku...macam la anak ko tu baik sgt....hahahahaha...pelik tul....


tapi itulah reality of life.....kalau A kata kita ni cantik...tak semestinya B akan kata yg sama..mebi dia akan kata kita ni poyo! itu pendapat masing2 la.....masing2 punya cita rasa n masing2 punya akal fikiran dan pendapat yg tersendiri.....


bagi aku senang je....bagi yg terima aku seadanya....aku jadikan mereka kawan.....kalau dorg tak terima pun bukan bermakna aku jadikan lawan...cuma just get extra alert je...so kalau dorg komen memacam pun aku tak cepat sentap...ye la..kalau dah tau dorg camtuh.....nobody's perfect!! tapi awas la kalau kawan makan kawan.......baik aku lari jauh2 and abaikan dorg dalam idup aku....abis cite...




Sunday, January 23

Get rid of that 'jerawat'

dah lama tak berupdate...xde topik aku nak membebel n bila ada topik, anak2 pulak dok sama sibuk berdepan ngan notebook......

boleh dikatakan the most dangerous enemy to me adalah jerawat...thats why bila dtg bulan, aku pun jadik rajin menelek muka...menempek segala macam..asalkan ianye keep clear...

bukan je muka aku je, muka incik abg pun aku tonyoh sama....makcik aku ada ajarkan macam mana nak bagi jerawat kecut n ilangkan parut jerawat pada muka..n siriesly aku buat sampai skg....alhamdulillah..musuh utama tu tak nyempat nak menyinggah pun....huhuhu....

selain produk moden, aku amalkan jugak amalan org2 dahulu.....

ikut petua makcik aku tuh, modal nye tak besar pun...amik je kulit kayu manis, asahkan di belakang batu lesung pastuh campurkan dgn bedak sejuk...taraaaa..pastuh sapule kat muka tuh...jerawat yg ada sure kecut....amalkan for few days sampai jerawat tu betul2 ilang.......

Tuesday, January 18

Kahwin Kerana Apa?


ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

Kriteria

Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

"Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya."

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh. "Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan," katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

"Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.


sumber : iLuvislam.com

Tuesday, January 11

rutin lama yang kembali....

apa tuh? hmmm....working hours laaaaa...

skg ni aku ngan incik abg dah satu keta..menuju ke satu destinasi....so, memandangkan incik abg kena masuk keje kul 8.30am, so aku kena la follow....

seawal kul 7 dah kena siap...selain kena cepat pi keje, kena get ready ngan mission melepasi gawang pertahanan anak2....sedey weii...pepagi nak g keje biarla mood ok..happy je...tapi kalau pi keje ngan deraian air mata anak2, hati pun sayu je...tuntutan kehidupan..nak tanak kena kuatkan hati le....

balik keje, anak2 dah siap sedia menyambut di muka pintu....2-2 berlari ngan happy je tgk aku ngan incik abg balik....

bila dah kat umah, 2-2 tu asyik mengekor je laaaa...huhuhu..that's the beautiful of having kids...riuh rendah rumah kami.....sementara menunggu time tdo, boleh la golek2 ngan anak2 dulu....

masa mula2 aku masuk keje, 6.30 aku dah kuar..paling lambat pun kul 7.00..kdg2 lepas subuh aku dah on da road....cuma 2-3 tahun kebelakangan ni je, aku a bit flexible...bukan bermakna aku masuk keje kul 12 yerrr...huhuhuhuhu...cuma aku masuk keje bila dah setelkan anak2 dulu.....skg ni lagi laa..dah ada PA, aku dah tayah nak rushing balik amik anak....at least tak terikat ngan schedule nursery dahhh....

Saturday, January 8

buku baru

hmmm..lupa plak nak kenal kan blog baru aku.....
saje je, nak splitkan antara hal2 famili yang mana sudah tentu isu sensitif ngan sesi lepas garam aku kat my dear diary...
blog baru aku ni, lebih berkisarkan pada isu parenting...tapi dari segi pengalaman aku sendiri je la....



http://dunia3577.blogspot.com/


beg..oh...beg...


beg ni selain digunakan untuk simpan baju2, buku2 sekolah..ianya jugak berguna nak sumbat anak haram!!!


hari ni ada lagik kes buang bayi....rasanye sebab dah tatau nak bagi sape anak luar nikah ni, lalu disumbatkan dalam beg, pastuh letak tepi jalan bagi org jumpa....yelah....dah namanye anak luar nikah kan...pastuh atas untung nasib la budak tu...kalau org cepat jumpa....selamat le...kalau anjing yg jumpa dulu camne? jadilah ia santapan lazat....darah daging korg bagi anjing makan.....


lepas buang anak, pastuh boleh la blagak cam xde pape kan....kalau kantoi kang, naya..nnti sume org tau penah deliver anak luar nikah....apa lah punye org......kalau kantoi, sure akan buat pengakuan insaf le bagai....tapi kalau tak kantoi?


sah-sah blagak baik..konon anak dara paling laris...anak dara apa....buekkk!!


manusia yg hidup tanpa nilai...ni lah dia....dah xde harga diri dah sebenarnya....kalau dah buang tu, sah-sah nak sorok kan kelahiran kan....pastuh nak lupakan segalanya dan mulakan idup baru.....xde nye insaf kalau dah golongan macam ni....


sori la kalau ada yg terasa...aku cuma nak lepas geram je ngan org dari golongan bajingan ni....


haiwan pun tahu sayangkan anak....aku kira golongan ni, lebih hina dari anjing ngan babi.....kalau terpegang anjing ngan babi ni, boleh nak samak.....tapi kalau dah terjerat ngan golongan macam ni......makan tanah 7hektar pun tak ilang najis!!!


paper hari ni, anak bajingan tu dijumpai dalam beg.....yelah....baru pas beli beg baru...beg2 lama tu boleh la buat tempat nak sumbat anak2 korg eyhh....multifunction!!
suka suki je buat camtuh...jgn sampai satu hari nanti...bila korg dah kawen n ada anak...last2 anak korg tu kawen ngan anak haram korg..............

bila perut dah kenyang

hari ni mood aku berblogging je....sejak tgh malam semalam, hingga kini, notebook masih sedia terpasang...

ini kes nak bayar balik utang BW laaaaa....walaupun sesetengah org tak kisah pun pasal ni..tapi dgn cara bw, aku mencari idea dan mood untuk ber blog...

menu tgh hari adalah chicken grill blackpepper sauce..yummylicious!!! dtg mood masak mmg la...aiyakkkk..kalu camni, susah le nak diet...hehhehe

waktu cuti adalah waktu yg paling bahaya untuk aku berada dirumah...sebab? aku makan tak berenti....bahaya woooo.....

bila perut dah kenyang ni, mula la terbayangkan bantal..aduiii...nak lelap pun baru pas makan....a bowl of blackpepper chicken salad for me!!!

Friday, January 7

Apa gelaran yang layak bagi mereka?

kini hampir setiap hari kita mendengar mengenai pembuangan bayi/janin..samada masih bernyawa atau sudah reput dimakan masa....

dimana ibu atau ayah mereka? layak ke mereka ini digelar ibu/ayah? hanya berlandaskan nafsu semata...aku tak yakin bayi2 ini lahir hanya kerana pengalaman satu malam...kalau ada pun hanya sedikit bilangan nya...adakah mangsa rogol akan menyimpan benih dari insan yg tidak diketahui siapa? dengan kewarasan fikiran aku dapat rasakan ianya adalah benih dari insan bercinta yang berlandaskan nafsu semata....

apakah gelaran yg patut diberikan kepada mereka? manusia keji...pelacur atau sebagai nya? pelacur pun ada harga yg ditetapkan dan masih mengambil langkah berjaga2 untuk mengelak dari hamil....konon bukti kasih sayang...tapi end-up, bayi yg dilahirkan di campak merata tempat ibarat sampah yang tidak bernilai...


Have a great year of 2011...

Rasanye tak terlambat lagi nak wish selamat tahun baru….sepanjang cuti hari tu tak sempat nak buat entry pun….sentiasa ada program dgn anak2 kat umah….tak bjalan ke mana2 pun….

Semoga 2011 akan menjanjikan seribu satu makna dalam hidup aku…..2010 berlalu, biarkan berlalu…apa yg berlaku pada 2010 akan aku jadikan kenangan yg takkan dapat dilupakan…….

Yang paling membanggakan, sebelum berlabuhnye tirai 2010, skuad bola sepak negara telah berjaya meraih trofi kemenangan untuk Asean Football Federation (AFF) Suzuki Cup championship…

Alhamdulillah, 2010 banyak mengajar kami tentang kehidupan dan erti kasih sayang.... semoga 2011 akan menjanjikan kehidupan yg lebih baik daripada sebelumnya, InsyaAllah.......

Tuesday, January 4

Bila kepercayaan dibalas dgn penipuan….


penipuan demi penipuan dilakukan....tapi bila dah terlalu banyak menipu, lambat laun org akan tau jugak....

bila kepercayaan yg diberi dan dibalas dgn penipuan..rasa2 nye...nak ke org percaya lagi?

Bosan dgn golongan ini!! Bila kepercayaan dibalas dgn penipuan…


nak menipu pun agak2 le...