Wednesday, January 26

bila nafsu mengusai diri...

tgk pada tajuk saje dah meremang bulu roma ....."Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik"

mak aih...seram sejuk je,

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.


Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.


Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.


“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.


“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.



mungkin dorg ni amik motto "acu cuba try test" tak cuba mana tau kan....bila anak dah lahir, samada dibuang atau bagi org, bagi aku sama saje.....tetap ada dosa zina...kalau kena rogol, takkan le tak leh nak repot polis....

aku penah terbaca mana ntah...yg pompuan siap kata yg dia tak sedar...tak tau pun kejadian tu berlaku...yg dia tau, dia tak dtg period 8 bulan....excuse yg paling ntah pape...hmmm..kalau bukan suka sama suka...takkan langsung tak sedar? pelik bin ajaib pulak bila kata tak tau.....perogol yg budiman...lepas rogol, pakaikan balik baju n undies....so, pompuan tu takde la syak dia dirogol.... "tak ke pelik statement camni"

takkan le sampai 8bulan tak sedar diri kena rogol...pelik!! tak rasa movement from inside ke? ...lawak..lawak...

0 Comments:

Post a Comment