Wednesday, August 31

Selamat Hari Raya Eid Fitri

Salam lebaran,

Masih belum terlambat utk ku mengucapkan selamat menyambut hari lebaran buat semua readers rashatie.

Have a safe journey home and take care!!

Selamat Hari Raya Eid Fitri, Maaf Zahir dan Batin Dari kami sekeluarga...

Wednesday, August 24

raya??

salam ramadhan,

hampir nak raya dah kann...

lepas balik ipoh ari tu, badan afiq dah naik2 ruam....tapi takde la pulak naik kat muka....ada sebijik dua je itupun kat badan...

balik dari keje...aku hampir tak cam anak aku...sebab? masyaAllah....dalam tempoh sehari saja...rashes mula naik ke seluruh muka n badan....irfan dulu xde la teruk mana pun....

selain ubatan moden, ku try jugak ubatan tradisional...selain itu, afiq kena la pantang makan kann....tanak le nanti parut tu tinggalkan kesan dikemudian hari....insyaAllah..

lagi bape hari je nak raya....kalau sempat sembuh...oklah...tapi kalau tak, perintah kuarantin akan dlakukan...bagiku takde makna nye nak berziarah sana sini...chicken pox ni berjangkit..takmo la mak bapak budak2 lain salah kan ku nnti kalau anak dorg berjangkit....so, if tak sembuh..means no raya for us.....sorry!!



sedikit sebanyak info yg ku dpt kat tenet:

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
 
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.


Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
 
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:


■Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.

■Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.

■Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.

Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:


■Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.

■Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.

■Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak

•Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

1.Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

2.Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

3.Rawatan di rumah
◦Sapu losyen calamine.

■Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal

■Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Monday, August 22

Hari ke-21

salam ramadhan,

alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk berpuasa lagi....

semalam, trip balik ke KL....gerak balik hampir tgh hari....n terus ke rumah kawan MIL utk hantar barang yg dipesan..lepas tu trus ke klinik...disebabkan badan afiq naik bijik2 merah...awal2 lagi aku agak ni mesti chicken pox...hmmm..kan betul!! pegi klinik just nak confirmkan n amik krim tuk sapu...cuma yg musykil, afiq takde plak demam....hmmm....

kesian tgk budak tecit tu....gatal kot....dia dtg kat aku ckp "ibu...takit..." dok hulur tgn dia suh sapu....hmmm...camne la nak raya nih....harap2 cepat2 la ok....abg dia dulu tak sampai seminggu pun....so harap2 afiq pun sama....cepat baik ye adik!

masuk dapur..tgk2 ada periuk nasi yg tak berbasuh....ada mangkuk lauk yg dah berbau...eeeeiiii..geram aku ngan maid ni....kalu nak sgt cuti n balik umah pakcik dia pun...make sure sume keje biar le setel....silap aku gak, ari tu masa nak balik ipoh, aku tak cek dulu.....tapi dah keje dia...takkan sume benda nak aku tegur selalu....kannn...dah tak pepasal aku hangin je ngan dia....

lunch time anak2...aku just goreng mee je...kesian anak2 ibu dah lapar ye...lupa nak suh ayah pusing pi McD pas balik klinik tadik...nak tgu delivery, aku dah malas....takut nnti dorg deliver lambat cam ari tu...pas 1jam baru dapat order...anak2 aku dah siap tido dalam kelaparan........

petang tu, pas masak tuk berbuka...aku ajak incik asben pi kedai sat...brg keperluan byk yg dah abis...nak kena top-up la tuk seminggu je lagik...nak beli kat bazar ramadhan cam malas je....lagi pun stok yg ada cuma tinggal ayam je yg membeku dalam fridge...

menu berbuka : ikan masak asam pedas, sayur peria goreng, sambal bilis dan ikan goreng....(desert : yogurt)

menu sahur : sup ayam, ikan goreng lebih semalam, ikan bilis+tempe....done!!

ada lagi seminggu je puasa....kejap je kann...alhamdulillah!! mintak2 le tahun ni dapat puasa penuh....

Sunday, August 21

Hari ke-20

Salam ramadhan,

Pejam celik, kejap masa berlalu...ramadhan bakal meninggal kan Kita dan syawal bakal menjelma..aku Kira skg ni para Ibubapa sure sdg sibuk menyiapkan persiapan raya utk anak2..

Menu bukak puasa semalam agak byk...ayam percik 1ekor, ikan bakar, udang goreng tepung, sotong goreng telur masin, sayur campur, ulam2..budu n sambal tempoyak...

Belum lagi termasuk desert, kuih muih dan buah2an smua...last but not least, cincau Bandung...alhamdulillah...bersahur cuma reheat mana yg masih berbaki dan MIL masak sambal bilis....

Resepi nnti aku update kemudian okeh...(tapi yg mana aku masak je la okeh : ayam percik, peria goreng, Bandung cincau n ikan bakar cicah budu)

Saturday, August 20

Jalan2 cari kuih!!

Salam ramadhan,

Wahhh...3 n3 skali gus!! Itupun sbb tgh melayan blog pakai iPhone je...

Skg ni otw ke Lenggong, Perak...jalan2 mencari bekalan hari raya.. Hanya aku, incik abg, MIL n budak berdua tu je..itupun plan asal nye nk tinggal kan je budak2 ni ngan atok dorg..

Hari ke-19

Salam ramadhan,

Hari ni bukak puasa bersama famili incik abg...itupun hanya bersama mertua dan keluarga ipar aku je..lagi 2beradik tak join sama...

Menu bukak puasa semalam MIL aku masak sup tulang, udang goreng sambal, kerabu pucuk paku, ikan goreng dan pelbagai jenis kuih muih yg bagi aku sedap tapi xleh la makan selalu...manis!!
N tak lupa sirap soda!!

Sahur Pagi tadi plak just re heat sup tulang, ayam goreng n telur goreng...

Alhamdulillah...

Updating!!

Salam ramadhan,

Tuntutan kerja, tak nyempat nak update blog..

Menu puasa ke-16:
Singgang sotong, ikan goreng, sayur campur.
Sahur : reheat je + telur goreng

Menu puasa ke-17:
Sup ayam, peria goreng, ikan kering

Menu puasa ke-18:
Ikan lemak kunyit, ikan goreng, sawi goreng belacan,

Gambar2 Akan aku updatekan kemudian..ini pun update pakai iPhone je...

Tuesday, August 16

Hari ke-15

salam ramadhan,

skg ni tiap2 hari ujan.....tapi oklah..ngan pagi2 panas terik...nasib baik keje dalam bangunan je...(tapi xde ekon..huhuhu..bila la dorg nak repair ekon ni....)

menu bukak pose semalam:

sebab ayam beku...so menu ari ni sume based seafood..hihi

ikan goreng
sayur sawi goreng blacan
udang masak kicap
ikan bilis+petai
ikan masak lemak kunyit

hari ni ada kerajinan nak snap foto n upload...(slalu nye malas...pinggan dah licin baru teringat..hehe)
untuk desert : jelly laici....

slalu nye, desert ni aku masukkan dalam acuan dadih saiz kecik tu...so nak makan, amik je 1cup terus...simpan dalam peti..next plan nak buat puding jagung plak...tapi tunggu jelly laici ni abis dulu.... :)

untuk sahur pagi tadik, aku cuma re-stock ikan bilis+petai...yg lain maid aku panas kan je...tak baik membazir....selesai sahur, lauk pauk sume licin.....untuk anak2, aku buat je sup telur....

Monday, August 15

Hari ke-14

Salam ramadhan,

Wiken kan...sesi Jalan2 shopping raya.. Mencari serba sedikit bahan kudapan..

Balik tu rehat sat..hari ni akan melaksanakan menu yg tertunggak...iaitu, Nasi Lemak Ayam Berempah...Desert pulak jelly Nata de Coco... Alhamdulillah...

Menu sahur pagi ni pun sama je..puas hati dpt nasi lemak...

Bila mkn nasik lemak, mula lah mata ni nak tutup je...Oklah nak lepak ngan anak2 sat, Sementara menanti subuh!!

Sunday, August 14

Hari ke-13

Salam ramadhan,

Kejap je masa berlalu..dah separuh ramadhan kita lalui..alhamdulillah....

Semalam ada sesi buka puasa bersama jiran tetangga.. Pagi2 lagi aku dah join dorg tuk sediakan bahan2 tuk juadah berbuka...

Menu yg disajikan : ayam masak merah, ikan goreng, lemak nenas ikan kering,kerabu perut, kerabu Mangga, sambal belacan, sayur campur, bubur lambuk, kuih muih... Selain nasi Ada juga mee goreng!!! Alhamdulillah...menu yg byk tapi yg tu je aku ingat..hehe

Sahur pagi ni aku plan nak masak nasik lemak..tapi tak jadi sbb mlm td, incik abg bawak balik lebihan juadah, so just re-heat saje la jawabnye..aku rasa jiran2 aku pun bersahur lauk yg sama jugakk...

Saturday, August 13

Hari ke-12

Salam ramadhan,

Ujan sgt lebat..nak tanak mmg terpaksa kena redah jugakk...hari ni kena balik asing2 ngan incik abg...hmmm

Dekat area umah banjir..nak tanak terpaksa la turn ke Jalan yg lebih tinggi..dalam?? Boleh la..paras paha org dewasa..kebetulan pulak time tu Ada pakcik dok mengharung..so nmpk la paras air tu takat mana...

Sampai umah pun dah agak lewat tapi masih sempat la nak masak..

Menu bukak puasa : sup sayur n ayam goreng berempah

Sahur pun menu yg sama je...sng!!

Friday, August 12

Salam Jumaat

salam ramadhan,

cepat je masa berlalu...dah 2x jumaat dahhh..lagi 2x jumaat, dah nak raya dahhh...

rasanye ibu2 atau ayah2 skg tgh sibuk membuat persiapan baju raya anak2 kan? tak terkecuali jugak ngan aku...tahun kedua beraya untuk afiq....tak seperti irfan, afiq seawal lagi dah ada taste yg tersendiri...kalau tak dapat....hmmm...ngamuk leeee...adoyaii..tak padan ngan usia....dahsat budak2 zaman skg!!

lebih senang beli yg sama kaler...cuma beza saiz je.....takde nak dengki2...2-2 dapat sama...
tapi bab kasut je, aku beli tuk irfan je....afiq just re-used yg abg irfan punye dulu je...ye la...kasut masih elok..lagi pun ada kasut yg abg irfan cuma pakai sekali dua je...nak bagi org pun tatau sape....jiran aku pulak ada anak pompuan...dah le kasut abg irfan nye banyakkkk.....

Hari ke-11

salam ramadhan,

semalam, ngam2 je sampai umah pkl 7pm...huhuhu..tapiiiii...sempattt masak!!
menu bukak pose semalam : sup ayam, tempe goreng cili, ikan goreng

sahur : repeat menu yg sama je...tapi bukan re-heat tauu...masak lagi skali....sup semalam abissss...
sup ayam + telur goreng

alhamdulillah....kalau niat tu betul, insyaAllah...segalanye akan dipermudahkan oleh-Nya..

Thursday, August 11

Penat la camni...rasa cam nak tukar je no tepon nih...

salam ramadhan,

penat tau jawab tepon yg ntah pape.....credit card center la...bank la...insurance la....bla..bla..aku rasa stat bulan puasa ni, hari2 ada org call aku...tak kira la dari bank ke, cdt center ke, travel agent ke...hmmm

credit card center tu lagi la...keje nak menipu je...mcm2 helah digunakan...ckp dah ada butiran sume cuma nak confirmkan je...bila ckp je tanak, dia mula pusing cite lain...ckp benda tu mmg kena cuma skg ni nak kan alamat utk deliver polisi je...aiyooo..perlu ke aku nak guna bad word bulan2 puasa nih...pleaseee laaa...

belum lagi masuk bab pasal insurance...kampeni yg berbeza..tapi mengoffer insurance dan polisi dari kampeni yg sama...ntah ye ntah tak...takpe la yeee....time kasih byk2.....

lagi pasal holiday card la...apa laaa...nak bagi pakej laaa..macam la aku tatau..pakej yg dorg akan bagi tu hanya applicable pada waktu biasa je...bukan holiday season.....hmmm...so mmg tak terpegi la nanti....

call dari bank pun ada...nak apa? nak offer personal loan.....aiyakkkk....

itu belum lagi pasal produk yg ntah pape....water filter la...econ la...hmmmm

penat okeh angkat phone dari org2 camni...

bayang kan je la tgh driving...dorg call..pastuh request nak mintak ckp for 5mins....bila ckp tgh driving...bley plak dorg ckp "ala puan..kejap je..." last2 aku letak je terus...ko redial la bape puluh kali pun...mmg dah tak angkat dahh...

desperate sangat ke nak cari kastemer....nak2 bulan puasa ni....tgh cari komisyen lebih eyhh.....

maaf la ye...bukan tanak angkat..tapi mmg tanak punnnn......bulan puasa ni, tanak le calarkan hati korg ngan bad word dari mulut aku nih....dah abis sopan santun aku bagi tapi dah korg tak reti bahasa..nak wat camne kann.....

takpe la ye...kalu aku perlukan smua tu tau la aku mana nak cari....



Hari ke-10

Salam ramadhan,

Semalam terliur nak makan roti jala..so balik keje je terus menebar la..selain tu, juadah berbuka kami : ikan goreng ngan sayur peria..simple sgt eyh?? Nak tau sebab apa?

Lepas menebar tu aku masuk bilik jap nak rest..last2 tertido!!! Pastuh incik abg kejut sbb maid aku ty nak masak pe tuk berbuka...alahai.. Masa yg Ada suntuk sgt..so just goreng ikan n sayur peria masak sambal je la..Oklah tu kan...

Sahur pagi tadi pun aku terlewat bgn..tau2 maid dah ready kan semua...tapi alahai...lauk yg dia masak tu masin!!! Nasib baik Ada lebih sayur peria semalam....

Wednesday, August 10

Murid mati makan juadah berbuka

salam ramadhan,

 >> Murid mati makan juadah berbuka <<


bila memikirkan keuntungan semata, inilah jadi nye....aku tak de la ckp semua makanan kat bazar ramadhan tu tak bersih tapi selalu sgt dah...kalau dulu, hampir setiap hari jugak aku menapau dari bazar ramadhan....n selalu jugak la terjadinye agenda ke tandas.....tu yg nekad tahun ni tak nak le menapau (kalau boleh laa)...lebih baik masak sendiri...even hanya telur goreng...

bila paper hari ni kluar cerita pasal ada budak mati pasal keracunan makanan...lagi la aku takut....

kes tahun lepas, aku pegi ke bazar ramadhan depan umah je...ada makcik yg jual nasi kukus,  nasi kerabu dll....nak jadikan cerita...satu hari tu aku pegi awal sket dari biasa....n org pun masih tak ramai...mula2 pusing2 dulu...sampai kat gerai makcik tu...apa yg aku nmpk....lalat penuh!! makanan pula tidak ditutup!! geli wehhh.....aku rasa dah menimbun telur lalat kat makanan makcik tu...mana tak sakit perut....dalam hati ter kesian pada org yg ter beli makanan camtuh...tapi nak buat camne...dorg pun bukan tau...balik keje pun dah penat..tau2 pi bazar ramadhan n order saje..

bila ada kes kematian ni...aku harap sgt peniaga makanan menjaga kebersihan makanan yg dorg nak jual tu....ye la...nak cari duit lebih pun, biar la berkat kan...kebersihan makanan kena la jaga...baru pelanggan tak lari...

pape pun, takziah aku ucapkan pada keluarga adik Nurdini Mohamad Ali....setiap yang berlaku ada hikmah di sebalik nye...mungkin ini dugaan dari Allah untuk mereka sekeluarga.....Al-Fatihah


hari ke-9

salam ramadhan,

semalam, gara-gara salah amik jalan...kami terperangkap dalam jamm...ye laaa..ngan ujan lagik....
ingat kan dah tak sempat nak masak..tup-tup sampai umah baru pkl 6.30...so apa lagi...terus tukar uniform n masuk dapur laaa...

menu bukak puasa semalam : gulai ikan tongkol, sayur kacang panjang, + (maid aku masak ni ----> tempe goreng,  ngan ikan kering)...simple je, mebi dia ingat aku bukak pose kat luar kots :P

sempat lagi aku buat puding koktel 2nd edition...senang sket!! aku just pakai acuan dadih kecik tu je....so bersusun la dalam fridge...boleh la tahan 1-2 hari.....

gambar tak sempat nak snap...azan bunyi ngam2 ngan abis masak.....malas nak mencapai iphone dalam handbag.

untuk sahur tadik, just re-heat gulai semalam n aku goreng ikan je buat tambahan....kali ni sahur bersama anak2....meriah meja....tak kira lagik ngan nasik yg berteraburr....awal plak dorg bangun kali ni....pas subuh..masing2 sambung tido!!


p/s: resepi gulai ikan tongkol aku akan update kemudian....untuk senarai resepi yg aku dah try, boleh tgk kat sini

Tuesday, August 9

bila lagi...

salam ramadhan,

tak sah kalau tak ngidam ni pada bulan pose....
last weekend dah pegi econsave..tapi sotong sume kecik2... :(


ketupat sotong
cara nak buat nye, boleh refer sini..

Hari Ke-8

salam ramadhan...

menu simple je tuk berbuka semalam...mee goreng kerang  + keropok
desert : puding koktel


hari ni tak sahur :(

Monday, August 8

Hari Ke-7

salam ramadhan,

masih sesi bukak pose ngan adik2...tapi adik2 aku takleh nak datang...so sesi hanya ngan adik2 ipar...

hari ni masak je...

menu kami : sup tulang, ayam percik putih, sayur campur, tempe goreng, hati lembu masak kicap....
desert : murtabak daging ngan puding koktel....

homemade je melainkan murtabak tu....

untuk sahur kami pagi ni, since lauk2 yg lebih tu aku bagi adik ipar aku bawak balik...so pagi ni plan nak goreng mee je...tapi alih2, maid dah masak nasik....so menu sahur simple je la....sup tulang ngan telur dadar!!

alhamdulillah.....

Sunday, August 7

Hari ke-6

salam ramadhan,

hari ni nekad nak setelkan baju melayu budak2...lepas sahur..solat, terus kemas2 umah....kira nye keje yg slalu buat during weekend laaaa...

budak2 bangun..terus maid mandikan...siap2...lepas setel sume..kami gerak pegi umah adik aku kat kg pandan....hari ni nak bukak pose kat luar je..ngan adik2 aku...since sorg adik aku bukak gerai ramadhan, so kami bukak pose kat sana je la....

hari ni mode shopping baju raya...

bila dah setel...kami gerak ke stadium shah alam...mencari juadah bukak pose kat sana je....plan nak berseafood...tapi adik aku tu pulak, tak boleh nak tinggal gerai dia...so plan B..beli food and makan sama2 kat gerai dia je....

best jugak..dapat le aku merasa camne bukak puasa bawah khemah..hihi....pas makan, kami tolong adik aku tutup khemah n pack......pastuh balik je la, sebelum tu anta adik aku balik dulu...sbb incik abg ada meeting belia kat umah lepas terawih....so takleh nak lepak lama2....

menu kami malam ni...macam2 ada.....sume ready made je...

untuk sahur pagi ni, aku cuma buat kan nasik goreng...makan ngan kopok ikan.....

alhamdulillah....

Saturday, August 6

Hari Ke-5

Salam ramadhan,

puasa pada jumaat pertama di bulan ramadhan...alhamdulillah....
hari ni pun tak banyak beza ngan hari2 sebelum nya...

tetiba plak tekak teringin nak makan nasik kerabu...so, apa lagi...beli? takmo laaa....taun lepas aku dah sakit hati ngan penjual nasik kerabu kat pasar ramadhan tu...tak mo dah beli ngan makcik mulut puaka tuh...buat sakit jiwa je...

so, ari ni aku masak je nasik kerabu...yeahhh....puas hati!!
nasik kerabu homemade....resepi sila refer sini

untuk lauk, aku cuma buat ikan goreng celup tepung saje..sebab ayam, daging sume masih dalam mode beku...takut nnti tak sempat nak berbuka, lauk masih dalam oven....

untuk desert, aku buat puding karamel...yeay!! tak lupa jugak, kerang rebus...layan ngan afiq je..irfan tak suke....
bukan senang tau nak serajin ni...hihihihhi...

untuk sahur pun masih makan nasik kerabu...yeay!! faveret nihh...puas hati!!

Friday, August 5

Hari Ke-4

salam ramadhan,

semalam, setel keje je terus balik...apa lagik...tanak sangkut dalam jamm....huhuhu..
sampai rumah, terus kluarkan ayam dan bahan2 lain....tgu defrost kejap....kat site tadik ada staff situ bagi bubur lambuk...alhamdulillah...rezeki puasa hari ni....

plan asal nak buat ayam goreng n sup sayur je...last minit kansel...tertengok peria ada ada 2biji lagi, boleh la letak dalam hati ayam masak kicap nnti.....

so menu kami ari ni adalah sup ayam,ikan kering goreng (wajib ada kalau ada sup), peria+hati ayam goreng kicap, telur dadar, bubur lambuk dan puding karamel sebagai pencuci mulut....maveless!! dalam dok malas2 tu siap jugak puding karamel aku...hihi

Alhamdulillah.....

sahur pagi tadi pulak,  cuma panas kan lauk berbuka semalam dan goreng telur...alhamdulillah
aku rasa maid aku prasan kot yg kami tak bersahur hari sebelum nye...kali ni, dia bangun n kejutkan aku untuk sahur pastuh sambung tido balik....hihi...

gambar takde...terlupa nak snap....

Thursday, August 4

Hari Ketiga

Salam ramadhan,

semalam balik keje agak lewat...dengan jalan jammed dan perjalanan yg baru bermula, last2 decide bukak puasa kat luar saja...kalu tak nanti terpaksa la bukak pose lambat sket sebab aku tak jamin yang kitorg akan sampai umah sebelum azan...terus pusing stereng masuk midvalley...

masalah kalu buat decision last minutes camni, aku tatau nak makan apa n kat mana....selera padam!! tatau nak makan pe...macam2 dalam palotak...last2 kitorg lepak kat food court je...itupun puas pikir nak makan pe....masalah bila bulan puasa...tekak cam time peknen...nak makan masakan panas je...claypot dah xde...so last2 order je kueteow tomyam...incik abg plak order nasik+sup ayam+telo dadar...tapi food dia..tak menepati citarasa aku cam biasa....sup tomyam dia dah tak panas dan kueteow dia agak kering...itupun kami dapat selepas azan...bukak pose ngan air je dulu....

Alhamdulillah...selesai sudah hari ke tiga...

masalah bila maid tak boleh puasa....aku cuma bergantung harap pada afiq yg bangun utk menyusu dan alarm....tapi malam tadik...aku tak dgr bunyik alarm...n afiq pun tak bangun2....lena je tido.....itu yg buatkan kami terlajak tido n tak sahur.....huhu...sedar2 dah pkl 6pagi... kan dah tak dapat pahala sahur.....takpe la...bukan sengaja tanak sahur kann.....

adioss..

Wednesday, August 3

Hari Kedua

salam ramadhan,

Alhamdulillah...masih di beri kesempatan untuk bernafas dibumi ini...

semalam balik keje agak lewat sket...part yg best nye, jam takde la seteruk hari pertama puasa...mebi masing2 dah sampai rumah kot....aku ok jer...takde plan pun nak menyinggah ke bazar ramadhan....sbb dah lalu n tgk bazar ramadhan tgh penuh sesak ngan org....hmmm..

dari bawah, aku dgr ada suara budak2 kecik dok borak2...rupa2 nye anak aku...hihi...2-2 dok depan pintu..tunggu ibu balik ye.....sampai2 je, benda pertama yg aku buat, defrost bahan mentah....

menu bukak puasa ari ni : sup ayam, sayur peria goreng, telur bungkus ngan ikan kering goreng....oklah tu....bukak puasa dulu ngan air n kurma....tgu incik abg balik dulu baru makan....

hari ni bangun awal sket tuk masak tuk sahur....simple menu...sup telur, nasi goreng ikan masin n keropok goreng.....masak lebih sket tuk sarapan pagi anak2....

Alhamdulillah....

Tuesday, August 2

Keyword

jenuh dok menggodek apps tu...segala nye function dah jalan cuma pelik bila tak de function tuk release control dekat end-user...

user aku pun dah dok ngendeng kat bebudak IT kat site ni...nak tanya kan hal yg sama....dan pada masa yg sama aku pun sama sebok dok menggugel segala nye.....tapi budak2 IT tu pun tatau...masing2 blurr...blurr sbb masing2 dok tgk jam nak balik kot..... :)

finally....dapat gak jumpa function tuk release control tu....hmmmm..tulahh..tak blaja mana nak tau kann....thanks to mr gugel...pelajaran yg aku dapat ari ni...KEYWORD tu biar la betul....baru jumpa solution dia.....kalau keyword salah...gugel la sampai esok pun...confirm akan return result yg tak berkenaan....

mood nak setelkan satu hal je lagi..pastuh nak pack lappy n balik je...nak pi klinik dulu...gara2 makan segala hal, tak pepasal bengkak sbb allergy...

adiosss

Hari Pertama

salam ramadhan....

hari pertama, kami sahur pkl 5.10pagi...seawal 3pagi aku dah terjaga..macam biasa..adik bangun mintak susu, selagi tak bangun..selagi tu lah dok membising...kalau tak bangun kang, abis di kejutnye smua org!! itupun siap follow ayah pi bancuh susu.....alahai..awal lagi kalau nak sahur pun..jam pun aku dah kunci pkl 5pagi...hmmm...lepas minum susu, adik tido je cam biasa....

pkl 4.30 dah dgr pintu bilik di ketuk....hmm..tgk2 maid aku dah bangun...since malam tu aku dah masak lebih, so just panas kan je lauk pauk yg ada..top-up ngan ikan goreng, sup telur (skali tuk anak2) ngan ikan masin....terlupa plak nak beli kurma wiken ari tuh...camne bley lupa nih....hmmm....

lepas sahur, incik abg siap2...pi solat subuh kat masjid...aku solat kat umah je...pastuh iron baju siap2...wiken ari tu tak nyempat nak iron baju...lepas iron baju, siap2 n pi keje.....

balik keje tuh, aku tgu incik abg jap...nak ajak pi bazar ramadhan...nak cari kueh n kurma....ok setel!! dapat kurma yg sedap!! (test lepas bukak pose ok)

hari pertama puasa, aku just masak simple je...tekak nak makan kari...so buat je kari ikan, sayur campur, tempe+tauhu goreng, tambahan dari bazar ramadhan : kurma, siput sedut ngan murtabak (sebelum pegi macam2 nak beli...dah sampai sana...ilang terus selera..)..murtabak ni mmg dah menu wajib setiap kali puasa...so beli je la...itupun tak beli byk punn..hanya aku ngan incik abg je yg makan....tapi kurma yg aku beli tu mmg sedap!! tak keras n tak terlalu lembut..just nice!!

bukak puasa, mmg riuh kat meja...ngan anak2 smua...si adik dah siap main tabur2 nasik..tak bagi dok kat meja kang, abis smua org dia kacau...last2 bagi je...abaikan je nasik yg teraburr kat lantai....Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama....

sumber foto : mr gugel

Monday, August 1

Salam Ramadhan 2011

bagi umat islam, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. sempena hari baik dan bulan baik, ku susun 10jari tangan memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tersilap bicara selama ini...

ramadhan kali ni, amat berbeza dengan tahun2 sebelum nya....tahun ni kali pertama aku merasakan jiwa aku kosong...jika tahun2 lepas, sebelum puasa, aku call abah...tanya sahur makan apa...berbuka makan apa...g terawih kat mana...pastuh plan ngan adik2 nak balik bukak pose kat umah abah..meriah wooo.....kalau balik klantan, tak penah nak miss pegi bazar ramadhan kat stadium...apa lagi..mencari faveret food laaa, time berbuka, penuh hidangan atas meja.....pastuh pas terawih, kalu rajin n mata tak ngantuk, amik mood jalan2 kat pasar borong wakaf che yeh.....pagi pulak, turun pasar pasir mas, mencari ikan pari kering..n buat stok bekalan balik kl...

jika aku terasa akan kekosongan ini...bagaimana pula perasaan adik2 aku yeah...hati cukup berat nak call dorg malam semalam...takut diri tak tertahan air mata...kalau dibanding kan dengan mereka, aku masih mempunyai suami dan anak2 untuk meneman kan aku....tambahan pula raya tahun ini, adalah giliran umah mertua.....serba salah aku dibuat nye....

hati cukup kuat nak balik n sambut ramadhan/raya dengan adik2......tapi keputusan aku bukan keputusan mandatori...
insyaAllah, tidak ku izinkan airmata aku jatuh dibulan baik ini....segala yang berlaku adalah ketentuan dari Nya... insyaAllah, bulan yg baik ini akan aku manfaatkannya sebaik mungkin....