Saturday, February 26

Google kan saje...

since irfan balik kampung, aku lepak je la ngan afiq...bila afiq tido, aku jadik bosan..bosan yg amat sgt!! masa aku cuma main2 ngan afiq n tv...masak pun yg simple2 je....

baju yg ditempah dah siap....tapi nmpk tak menarik je....manik2 yg ada tak sesuai la pulak...selalunya aku letak bertaburan...nak jahit yg tersusun macam yg ditempah tu aku tak reti.....

hari sabtu ada pasar malam kat jalan TAR....tetiba plak tekak teringin nak makan sata...pujuk incik abg pegi sat...kat area situ ada kedai kraftangan....masuk le kejap....cari idea nak deco baju aku tu....tetiba plak rasa malas nak beli yg tampal tu....aku usha2 brg2 dalam kedai tu..last2 aku beli manik bulat dan manik bunga je...lepas beli manik2 tu aku terus ke tapak pasar malam...terus saje ke gerai yg menjual sata.....lepas beli sata baru beli yg lain2....
hari ahad seperti biasa, incik abg ada kelas....so kami berlepak2 saje kat umah....lepas afiq tido, aku amik baju2 yg baru diambil kat umah tailor tu n bentangkan....dalam palotak pikir apa yg aku nak buat....time tu rasa nyesal tak beli yg tampal je...aku bukan jenis yg kreatif....last2...aku main letak je.......jadilah macam ni....




masa nak menyimpan baki manik2 tu, aku terpandang manik2 n labuci yg dah berkurun kat dalam bekas jahit aku tu.....yg mana koleksi yg aku ada since 2008.....labuci tu dulu aku jahitkan sepanjang tepi lengan baju agar tak de la nampak kosong sgt...tapi ye la..baju pun since 2008...dah nmpk lusuh n labuci yg ada pun dah tak kilat macam dulu.....


tetiba aku terpikir...kalau resepi masakan ada kat dalam internet, mesti sulaman manik pun ada jugak.....apa lagi, google aje la....fuh!! mmg ada...dari situ...baju yg lusuh tu aku buang segala labuci2 lama...aku sketch design bunga mengikut aturan yg terpapar dalam internet tu.....mula2 mmg lunyai abis baju tu aku kerjakan...jahit2 tak jadi....buang balik...pastuh buat lagi sampai jadi.... aku dah happy...menjadik jugak....nampak la kuntuman bunga tuh...tapi page yg aku blaja tu lupa plak nak save...nnti aku letak link page tu kemudian....

bila dah jadi sekuntum...maka berkuntum-kuntum la jawab nya wujud kat atas baju ni...



bila dah get used ngan manik n labuci ni, aku try buat sendiri.....aku cantum segala macam idea hingga la baju aku siap....akhir nya baju yg lusuh tu aku hang balik n pakai.....hmmm..boleh diperaktikkan untuk baju2 lama yang lain.......



Friday, February 25

Apa yg nak ditonjolkan sangat?

kekadang aku pelik ngan perangai lelaki muslim yang pakai rantai ni...tak kira la rantai silver ke emas ke..... apa yg mempengaruhi pemikiran dorg? tak abis dgn tu, siap berseluar pendek dan bertshirt dgn kolar baju sengaja ditegakkan...

kalau nak kata aku kolot atau apa..terserah.....

pada masa tu, aku tgh queue untuk beli ais blend kat carrefour...ada satu mamat ngan famili dia..(mak +adik-adik+wife+anak)...first aku tgk anak dia...siap berbangle and rantai....muka budak2...ada kala nya budak lelaki pun ada yang comel macam budak perempuan dan sebalik nya....so, aku pikir mungkin budak ni perempuan la kot....sebab masa tu dia dgn makcik2 dia n nenek dia (bertudung) tetiba datang satu couple...yg lelakinya, berantai emas dan berbangle...berseluar pendek n t-shirt berkolar tegak.....n wife dia berblouse n berseluar pendek.....n this mamat try tuk cut queue aku dgn terus mengorder apa yg dia nak...aiyaaa...apa yg dia pikir? apa gunanya ada queue lane nih...org lain pun nak cepat jugak...kalau mak n adik2 dia bley sabar queue...dia yg dtg dari mana terus cut queue n pegi depan2 kaunter....hahaha..tapi malu laaa...bila cik adik yg jaga gerai tu buat bodoh je ngan order dari dia....pregnant lady yg kat sebelah aku dah melopong tgk mamat tadik...aku just ckp..jgn pandang n kutuk dia...nnti kena kenan kat baby....terus dia pandang tempat lain.....

muka wife dia dah lain macam dahhh..last2 terus pi kat anak dia....bila dia panggil budak tu....aku terkesima kejap....rupanya..budak laki...tapi dipakaikan gelang n rantai oleh mak bapak dia...hmmm..insaf kejap...bapak dia pun berantai emas...inikan pulak anak.....

anak, ibarat kain putih...suci bersih...macam mana cara kita...itulah yang tercorak di atas nya...itulah yang akan menjadi pedoman idup dia.....

aku teringat anak2 aku...irfan n afiq...dua-dua muka comel...org sentiasa tersalah anggap anak aku girl....tapi itu anugerah Allah pada aku....aku akan didik mereka menjadi insan yang sepatutnye...


Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam. sumber: PPM

Hantu Tutup TV....

balik dari keje, dok lepak-lepak sat kat depan tv...my maid tengah mop lantai, sebab afiq baru tumpahkan susu...tetiba perkataan demi perkataan keluar dari mulut dia "akak penah tidur bilik depan kan?....tadi sue tertidur masa tidurkan afiq...sedar saje, badan tak boleh gerak...kaku gitu eyh..ngak bisa gerak semua..jari bisa gerak dikit saje..mata juga...semua kaku la kak"....dalam hati aku dah boleh agak something yg dia cuba sampaikan tapi memandangkan dia tu agak penakut org nye....jawapan aku simple saje "mungkin sue penat kot..." "tak la kak, bukan sue buat apa pun...pagi, sue kerjaan macam biasa...tak penat pun..." ..... "salah posisi mungkin...sue tak payah pikir macam2 la, akak dah dok bilik tu bertahun...tak penah pulak ada hal macam tu"......jawapan aku mematikan persoalan dia buat seketika....

incik abg balik, aku terus bagitau.....pelik bin ajaib..muka incik abg sedikit berubah.... "hmmm...takpe la..kita bincang hal ni esok...atie rasa sue penat kot...."

keesokan tu, incik abg bukak cerita masa dalam kereta.... "semalam abg lepak ngan budak2 blok kat bawah.....kata dorg, blok kita tu yg paling lambat siap....dan kes org terjatuh n mati tu berlaku kat blok kita la....sebab dia indon dan tak de permit keje, dorg tanam kat area situ je....tapi kat mana tak tau le....ada org penah nampak kelibat masa dia baik keje...tapi tak pasti lahhh...abg pun selalu balik lambat...tapi tak penah pulak nmpk benda tuh" .....

"pasal main guli malam2 buta tu dorg ada ckp ngan abg tak?" "ada...umah kat tingkat 3...anak dia selalu menjerit pukul 1pagi..last2 panggil ustaz suruh tengokkan, katanya ada 3budak kecik tgh main guli kat umah dorg...tapi tak tau la apa yg ustaz tu buat...anak dia dah takde menangis lagi malam2 buta...benda ni mana-mana pun ada, tapi kita ada kekuatan kita iaitu Al-Quran...benda ni makhluk Allah juga.."

pasal bunyik guli tu, mmg dah lama berlaku....mula2 aku pelik gak, budak mana la main guli malam2 buta....tapi bila dah tiap-tiap malam, aku dah rasa lain macam....terus aku tak amik kisah...aku abaikan je....lama-lama, bunyi tu pun aku dah tak dgr....
tapi kdg2 hati aku cuak jugak...tapi bila pikir balik, benda tu pun makhluk Allah....di mana2 pun ada....so abaikan saje...cuma percaya benda tu wujud...tapi tak perlu nak obses sgt...

aku penah pergi kerja sebelum subuh dan pernah balik kerja selewat 3pagi....tak penah pulak nmpk benda2 camtu....org kata kalau tetiba je terasa seram sejuk, tanda benda tu ada di sekitar kita je...tapi kalau dah balik pagi2 buta, udara tgh sejuk..mmg confirm la terasa seram sejuk je....

selepas sehari, my maid update lagi cerita... "hari ni tetiba saje bunyi macam gas dapur....pastuh ada bunyi tv...sue tgk jugak...tapi dapur tak de yg terpasang...tv pun tak bukak....pastuh petang tadi, sebelum akak ngan abg balik, tetiba je tv tertutup sendiri....masa tu afiq pun ada...remote kat tempat dia...masakan ahh...skg ni sepi saje kak..." "takde apa2 la sue, perasaan sue saje....akak nak mandi dulu, nanti kita bincang balik lepas ni" lepas tu aku terus masuk bilik untuk mandi.....

selepas tu incik abg panggil maid n duduk kat ruang tamu "sue nampak ke benda2 tuh?" "tak la bang, sue pelik...tak boleh bangun...badan sue kaku..ngak bisa gerak satu badan...kenapa ye? lepas sue baca ayat kursi dan ayat2 quran yg lain, baru boleh gerak tapi badan sue lenguh dan sakit2 semua...lepas tu hari ni, ada bunyi macam gas keluar...bunyi tv...masa sue tgh tengok tv dgn afiq, tiba-tiba tv padam sendiri lahhh" ....

"mungkin sendi2 badan sue masih tak sedia masa sue bangun tido...bila sue paksakan badan sue...sue dah bagi tekanan...sebab tu bila sue dah dpt gerak, badan sue terasa sakit" "tapi bila sue baca surah kursi baru sue boleh gerak laa" "yer la, sebab bila sendi badan dalam keadaan tak sedia dan sue tiba-tiba tersedar dari tidur...semua tu akan ambik masa baru boleh gerak...mungkin masa sue baca ayat kursi...sue bagi peluang kat badan sue untuk pulih....tapi sebab sue dah bagi tekanan pada awalnya, sebab tu badan sue jadi lenguh-lenguh"...."pasal bunyi gas, mungkin saliran dari umah sebelah....lagi pun benda tu berlaku siang hari la sue..rumah sebelah ni ada org"

"tak pernah nmpk la org nye kak, org nye dah pegi kerja" "kat umah sebelah ni ada nenek...tapi skg ni dia dah jarang keluar...dulu dia selalu keluar sapu sampah kat depan umah tu..kat tangga...bunyi tu memang ada bila dorg bukak paip air...kat umah ni bunyi macam gas yg keluar..tapi kalau sue perasan, benda tu tak lama pun....pastuh benda tu sue cuma dgr bila ada org memasak kat sebelah umah tu"...

"pasal tv tu kak?" "pasal tv tu, mungkin perasaan sue je...lagipun tv tu ada timer...mungkin afiq tertekan masa main remote....kalau sue nak tau, kipas kat umah ni pun ada timer...sue boleh je nak setkan nak pasang kipas berapa lama...pastuh dia akan off sendiri....sue jangan pikir sangat la hal-hal macam ni"

"sue baca quran...sue tentu tau benda2 tu wujud...tapi kita sekadar amik tau benda tu wujud...sudah la....tu yg abg tak gemar sue tengok cerita hantu..bukan tak boleh tengok...tapi takut terbawa-bawa...sue dah lama duduk sini...sebelum ni sue penah alami tak?" "tak pula...itu lah sue pelik..dah hampir setahun sue kat sini...sekarang baru ada macam2, bila dah tv tutup macam tu..sue terus bawak adik main kat bawah aje laa".... "hemm...yelahh..sebelum ni sue sibuk dgn irfan dan afiq...bila irfan takde, umah jadi sunyi...tu yg sue dengar macam-macam....takpe la, esok irfan balik..." "kalau sue risau bunyi tv tu, lepas sue dah tanak tengok...sue power off kan je..kakak tak kisah sue nak tgk cerita hantu...tapi jgn sampai terbawa-bawa...dah jadi macam ni, sue dah pikir macam-macam...itu cerita siang hari...malam pula, sue ada dengar apa-apa?" "takde la kak"

Alhamdulillah, nasib baik dia boleh terima penjelasan kami......

selepas irfan balik, rutin maid aku dah kembali seperti biasa....ayat pertama incik abg untuk dia

"hari ni macam mana? ada lagi sue dengar macam-macam?" "takde la bang...2hari tu aje" "kan abg dah ckp, mungkin perasaan sue saje...takde apa-apa la..mungkin sue teringat irfan je kot"

kalau diikutkan, rumah aku tak penah miss bacaan Al-Quran setiap minggu, even setiap hari maid aku baca Quran...dan setiap hari umah aku bermop...setahu aku, benda-benda macam ni amat gemarkan kepada benda yg kotor...sebab tu abah aku cukup pantang kalau anak2 dia masuk toilet masa azan...sebab masa ni, syaitan iblis tgh berkeliaran melarikan diri...mana lagi tempat tujuan kalau bukan tempat-tempat yg macam tu....Alhamdulillah, setakat ni, area umah aku masih dalam keadaan terkawal...agenda bacaan yasin peringkat blok pun sering kali diadakan....paling tidak pun sebulan sekali....


Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Apa kata al-Quran…

Di dalam al-Quran, Allah memang memberitahu kita mengenai kewujudan makhluk jin dan iblis ini, Mereka memang ada dan ada di kalangan mereka yang beriman dan ada di kalangan mereka yang kafir
(Rujuk surah al-Jin).
Mereka golongan yang diperintahkan Allah untuk beriman. Yang beriman akan beramal dan taat seperti kita dan yang kafir akan menurut langkah-langkah syaitan.
Mereka yang kafir dan jahat ini akan menjadi tentera syaitan untuk mengganggu manusia.
Persoalannya, kenapa jin kafir dan syaitan ini mengganggu seseorang? Kandang kala kita pelik, yang kena hysteria adalah di sekolah-sekolah agama, yang nampak dan kena rasuk adalah orang-orang Islam.

Kenapa dan Mengapa?
Sebenarnya, jin kafir dan syaitan ini, mereka mempunyai satu matlamat. Mereka merasuk bukannya sebab mereka saja-saja. Matlamatnya ialah untuk menyesatkan dan mensyirikkan seseorang kita. Jika berlaku kerasukkan, katakanlah kita memanggil seorang bomoh. Bomoh ini pun membuat upacaranya yang kadang-kala bertentangan dengan syarak. Di hujung upacara, bomoh memberikan tangkal dan azimat untuk diletakkan di sana dan sini. Kemudian, kita lihat, keadaan menjadi baik, tak ada dah gangguan, tak ada lagi kerasukkan. Kita pun bukan main percaya lagi dengan tangkal yang diberikan.


Kenapa tidak ada lagi gangguan setelah kita meletakkan tangkal ini? Ini kerana, ketika kita mula mempercayai tangkal, maka iman kita telah rosak, kita telah syirik pada Allah. Apabila iman kita rosak, maka matlamat syaitan untuk menyesatkan seseorang itu telah berjaya. Maka sudah tentu mereka tidak akan mengganggu lagi, mereka akan meninggalkan orang yang telah rosak imannya itu. Kenapa? Kerana, memang matlamat syaitan adalah untuk merosakkan akidah setiap anak Adam. Matlamat mereka telah berjaya. Sebab itulah, jika berlaku gangguan jin dan iblis ini, cara menanganinya ialah dengan menggunakan al-Quran dan Hadis, lambat sikit tak apa, asalkan, akidah kita selamat dan jin serta iblis itu pasti binasa dengan keagungan Allah melalui kalam sucinya.
Kegerunan jin dan Iblis adalah kerana kita membacakan ayat-ayat mengagungkan Allah. Rasa mengagungkan Allah akan menyebabkan jin dan Iblis itu takut dan lari. Sebab itu, jika kita lihat, ayat-ayat yang hebat di dalam al-Quran, semuanya adalah ayat-ayat Tauhid, iaitu ayat mengangungkan Allah.
Cuba lihat makna ayat Kursi, ayat seribu dinar dan sebagainya. Ayat-ayat itu adalah ayat mengagungkan Allah. Jika kita baca dengan perasaan mengagungkan Allah, maka Allah akan letakkan rasa gerun jin dan Iblis itu dan mereka akan lari meninggalkan kita.

Oleh yang demikian, jika terdapat ganguan, maka berubatlah dengan al-Quran. Antara ayat yang boleh kita amalkan ialah ayat kursi, dua ayat akhir surah al-Baqarah, 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi.
Mudah-mudahan, Allah memelihara kita jika kita terus menjaga iman kita. Sesungguhnya, tiada segala-galanya di dunia ini melainkan datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
sumber: Ustaz Amin

Friday, February 18

Rindu

Abg irfan bila nak balik? Ibu rindu sangat2....  BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 17

so what?

sometimes rasa cam self-motivation dah drown to the drain...apa dah jadik ni? aku dah jadik low-esteem girl eyhh? aiyakk...should work it out and flush it all....tak leh biar camni...



kdg2 aku termakan juga apa yg org cakapkan...ntah le, mebi self protection tak bape bagus kot...kdg2 aku terpikir kenapa aku biarkan benda ni blaku...bukan aku takde kekuatan untuk fight back tapi kdg2 aku pikir aku malas nak campur asalkan org tak ganggu idup aku....tapi aku silap...sikap org takkan berubah dgn sekelip mata...n even worst, takkan berubah sampai bila2...




sit down n relax for few minutes.....tgk balik persekitaran kerja n life aku...yg penting, aku kena find point yg turn aku camni....yes...jumpa....n pikir balik, if that point effect life aku, apa yg akan jadi pada famili aku....anak2 aku....kerjaya aku.....so balik pada point tersebut, takde masalah yg takde jalan penyelesaian....jgn disebabkan masalah itu, aku menggadaikan masa depan aku....phew!!



kdg2 aku takut....takut tak terhandle tekanan....lately ni byk sgt kes akibat tekanan perasaan....apa yg perlu aku buat cuma satu...yes...balik pada agama....istighfar banyak2...itulah ubat penenang yg aku perlukan buat masa sekarang....

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab , Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab , Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab , Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

sumber : direct email

Wednesday, February 16

Rindu

baru beberapa jam irfan ikut opah n atok balik ipoh, aku dah mula rindu....rindu sgt2...


ini juga kali pertama afiq berjauhan dari abg.....irfan bertolak seawal pagi, sebelum afiq bangun dari tido...


yg lebih mengharukan, bila afiq bangun 1st yg dicari adalah abg...setiap ceruk bilik dia masuk n cari...even dalam almari (port main sorok2 2beradik ni) ...aku yg menonton setiap gerak geri afiq, dah dpt agak afiq tgh mencari irfan....aduyai abg irfan..itulah teman...tempat bergaduh, bermain dan bergelak ketawa....


setelah penat cari n tak jumpa jugak...afiq dtg kepada aku....pada wajah dia, nampak ada tanda2 kecewa...adussss...


Tuesday, February 15

Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul untuk semua : dari RashAtie.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, February 14

Naik lemak

Bila mula ada pembantu, segala kerja2 rumah menjadi ringan..takde lagi kain baju yg menimbun tak berbasuh atau berlipat..ruang tamu sentiasa clear..lantai umah setiap masa dimop...

Bukan aku tak penah kemas umah,masak,basuh n lipat kain baju...itu rutin aku selama 21/2 thn...

Tetapi dalam masa setahun,segalanya berubah...

Bila maid ambik cuti sehari je, umah dah macam tonkang pecah... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, February 13

Kalau hari-hari camni abislaaaa

Weekend ni mood masak n makan je..ari sabtu lepak kat subang, masak ayam gulai lemak cili padi, sambal udang ngan sayur goreng...

Hari ahad plak, pagi2 dah santap bihun goreng..tgh hari plak sup tulang ngan menu Surabaya...yg membawa ke menu makan malam...cuma tambahan ikan kering....

Kalau hari2 camni mmg konpem ujung bulan aku kena beli baju n sluar baru....

Macam2 nak masak...sbb? My PIL ada kat umah ni.....makan ramai2 mmg best...mana taknye, si irfan pun makan bertambah...Ibu dia lebih2 lagi leee...hehehehehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, February 12

hari untuk keluarga

weekend adalah hari untuk family....termasuk famili aku n famili in law...masih dalam lingkungan famili kan.....

weekend kali ni kami melepak ngan atok n opah irfan/afiq....

pagi2 lagi dah siap2...and terus ke subang..lepak sana sampai petang...lepak2 ngan famili in law...masak2..n makan2 famili....

selain kami, tak ketinggalan jugak sepupu incik abg yg baru sampai dari perak yg ke KLIA untuk menjemput anak teruna dorg yg selamat sampai dari mesir...alhamdulillah...semua selamat...

lewat petang, anak sepupu incik abg datang bertandang...bawak baby...huhuhuuuuu...aku dah jadi nanny!!! hahahahhaha...

nanny pun nanny lerrr...nanny yg comel....nak jugak eyhh tang tu....hahaha

Friday, February 11

mood shopping

aku takde mood nak shopping kots...kalau tak dah lama jj voucher aku tu dah abiss...

plan hujung minggu bersama anak2

weekend lagi...
kali ni aku kena bawak budak2 jalan2....lokasi dah dikenal pasti...cuma menunggu green light je dari incik abg...

since irfan dah pandai kayuh basikal dia tuh, tak penah lagi nak bawak dia pegi kayuh kat tempat yg lebh luas...nak bagi dia main kat area umah tu, risau ngan kereta esp kereta minah senget tu...yg tak reti nak pelan time lalu area umah...dah tau ramai budak2 tapi main pecut je...huh!!


gambar dari mr google...

Tuesday, February 8

mode keje malam...

sambil2 menunggu system update dari client, sempat lagi aku mengupdate blog ni....huhuhu...even dah pekena white coffee satu cawan...aku dah terasa aura2 mengantuks...huhu...layankan blog kejap tuk ilangkan rasa ngantuk ni....

kalau ikut plan untuk migration malam ni, its should be same as 2nd migration last time n it will be counter a problem... kali ni aku cuma standby dari umah je...if any problem, it will happen in couple of hours je lagi....just hope nothing happen n aku tak perlu drive malam2 buta ni ke site.....

i just need to wait few hours n once dah receive the good news from site then boleh la debusshhh....



lalalala~~

Monday, February 7

bila duit menjadi raja....

kakak suka sgt tgk cite hindustan....kalau bukan hindi, mesti cite indon...huhuhu..kdg2 aku lepak je..layan skali ngan dia...malas nak tukar channel. lagipun bukan ada citer best pun....kalau takde program yg menarik, aku just layan apa je yg sedia terpasang..tak kisah le cite apa...even katun skali pun..layan kan je...

kisah hindi malam ni meninggalkan kesan yg mendalam...cerita mengenai gambler kriket yg menjadi hamba kepada duit yg akhirnya membawa kepada kemusnahan hidupnya...kalau tgk pada tujuan asal kenapa dia terlibat dan untuk apa...mungkin ramai yg setuju dgn apa yg dia buat..yelah, terjebak dgn kegiatan itu semata untuk memenuhi tuntutan kehidupan dan untuk keluar dari kancah kemiskinan hidup yg dialami sejak kecil......ye lah, siapa yg tak nak senang...dan menyediakan segalanya untuk org yg tersayang dalam hidup...tapi kalau salah percaturan, buruk akibatnya....

pendek kata...bukan senang untuk senang...dan bukan susah untuk menjadi susah....segalanya terletak pada diri kita....tiada jalan singkat untuk mengecapi kesenangan hidup...untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berusaha kearah itu.....

baby girl..tapi cuma mimpi...

baju baby girl sangat cantik!! selain baju, aksesori budak perempuan selalu sangat menarik perhatian aku...tapi anak2 aku smua lelaki...cuma boleh tgk je la....

abg irfan selalu ckp..."baby girl tu cantik...baby boy tu ensome....ensome cam irfan ngan afiq....kan ibu?"..ye sayang...anak2 ibu semua handsome..

since afiq dah pandai berlari, irfan dah ada kawan nak buat teman bermain....adat adik beradik...kdg2 ok...kdg2 gaduh sebab berebutkan mainan....adat la kan? bila musim ujan, kesian gak tgk dorg, terpaksa memerap dalam umah je...takleh nak kluar...nak pegi taman pun tanah becak...

selalu sgt tgk baju2 comel tu sampai terbawa2 ke dalam mimpi....mimpi aku mendukung baby girl yg sangat comel....persis irfan dan afiq...mata bulat seperti irfan dgn brown curly hair seperti afiq...dgn bibir merah dan sudah semestinya hidung mancung macam aku...SANGAT CANTIK!! hemmm....tapi tu semua dalam mimpi je....huhuhuhu...takpe...mebi one day la kots...tunggu abg2 besar dulu...nnti ada bodyguard2 handsome bley jaga adik yg cantik!!






(gambar hiasan dari mr google)

update pasal cuti lagi

update lagi pasal cuti2 panjang yang lepas.....

sepanjang cuti memang kami dok umah je....tapi kdg2 gatal je kaki nak bjalan...ye la...dah cuti panjang...dok umah je, lama2 naik lemau satu badan....belum masuk lagi bab melayan budak2 yg demam.....

bila budak2 dah tido, mula la panjang langkah aku....bukan pegi jauh mana pun...just sekitar kawasan rumah tu jugak...jgn tak tau, area umah aku dah ada c4, jusco, giant, econsave...yg mana paling jauh pun dalam 8minit perjalanan....just kluar cari keperluan rumah...makanan n barang budak2.....

budak2 demam silih berganti....risau je takut2 denggi....ye la, since dah ada org yg tolong kemas kan umah ni, dah lama benar tak buat spring clean....huhuhu....manalah tau kan...plus, skg ni musim ujan plak.......risau!!

org kata bila ikut naluri hati ni ada kalanya betul...n tepat seperti jangkaan, ada sarang nyamuk kat dlm umah!! ngeri seyyhh...pastuh, cepat2 aku selongkar setiap target spot....bila dah setel....satu umah aku sembur ridsect...budak2 aku kurung kejap dalam bilik....nasib baik cepat..sarang nyamuk yg hanya ada jentik2 kecik..aku rasa dah 2-3 hari pelapik tu tak dibersihkan....huhuhu..noted!! pasni kalau musim ujan, tempat tu kena dipastikan sentiasa kering!!

Sunday, February 6

Redha dengan ketentuan

Tiada apa yg perlu dikesalkan..hanya berserah pada takdir ilahi dan berharap agar ianya akan kembali tenang...

Duhai hati, tabah la menghadapi segala cabaran walaupun sering disakiti...

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersendiri...
tidak perlu dipersoalkan ketentuan dariNya
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

musim demam agaknye...

lama tak berupdate blog aku ni....weekend kali ni bermula awal sempena sambutan tahun baru cina.......

sehari sebelum cuti, incik abg demam....dan selepas tu diikuti dgn irfan..alahai anak ibu,..aku sgt risau bila irfan demam...yg selalunya mengambil masa agak panjang...

cuti kami kali ni hanya dihabiskan dirumah sahaja...perancangan yg ada satu pun tak boleh pakai...semua tergendala macam tu saja....hmmm..tak pe la lain kali ada masa boleh balik kg.....boleh ziarah kawan2 dan seadara mara....

sudah masuk hari ke 3, suhu irfan masih tinggi dan hari ini, giliran afiq dah tiba..aiyakk...adat bila anak2 demam...semua merengek...masing2 berebut nak dipangku...penat!!even dirumah ada pembantu, tapi bila anak2 demam...masing2 meliuk lentok dgn ibu je....adussss...takpe la...bukan setiap masa pun aku ada bersama mereka..alang2 cuti....tambahan budak berdua tu demam, apa salahnye...pengorbanan seorg ibu....aku rasa semua ibu akan melakukan perkara yg sama....

pada ketika ini, budak berdua tu sdg tido.....tido pun nak berpegang tangan kah? sape? budak 2beradik tu lahhh....hmmmm....sayang abg...sayang adik....

musim demam agaknye skg ni...bila pegi klinik, tak kira kanak2 atau dewasa...semua pergi atas alasan yg sama...demam!!