Monday, March 26
permohonan darjah 1 sesi 2013 dan 2014 (selangor)
sampai2 kat sana....kerani skolah tu bgtau, nak kena isi online dulu baru leh proceed ke skolah..hmmm, info kat tenet tu tak lengkap la wehhh...patutnye kena la inform kat situ yg pendaftaran sume harus la melalui online pastuh baru proceed ke sekolah yg berkenaan tuk submit segala dokumen...aparaaa....
oklah, aku nak share pada yg tak tau jugak cam aku....pendaftaran darjah 1 ni kena buat online dulu, pastuh print 2 salinan borang yg dah di isi tu dgn segala dokumen yg diperlukan, hantar ke sekolah yg berkenaan. dokumen yg diperlukan:
1. sijil lahir (asal + salinan)
2. bil letrik/bil air - bukti alamat
3. salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
4. sijil nikah / pendaftaran perkahwinan (asal + salinan)
5. sampul surat bersetem 60sen beralamat sendiri saiz 4x9
kalau ikutkan info kat website, ada dokumen yg dorg tak mintak tuu...kat depan sekolah pun ada banner tapi tak lengkap!!
isi borang kat sini dulu : http://www.moe.gov.my/jpnselangor
notakaki : skg abg irfan masuk PASTI kat depan sekolah tu je..mmg betul2 berdepan... PASTI tu dalam KL, tapi skolah tu dalam SELANGOR...hmmm...
Thursday, March 24
Jana Income tanpa traffic
1) Korang gi kat laman web iPanelonline..
2) Korang register macam biasa (macam nak buat email je)
3) Lepas korang dah register korang gi kat "Mata Saya"... korang akan diberi mata percuma oleh pihak iPanelonline sebanyak 50 ataupun RM0.50
MACAM MANA NAK TAMBAH MATA @ DUIT
1) Selepas 1 hari atau beberapa jam selepas tu korang akan terima 2 survey (bergantung kepada pihak iPanelonline)
2) Korang jawab survey tu dengan sejujur-jujurnya (perhatian : kalau korang jawab jujur akan menambah peluang anda untuk mendapat mata yang banyak...)
3) Pastu semak mata pada kolum pemberian... (contoh : 600 mata = RM 6.00)
MACAM MANA NAK TEBUS MATA JADI DUIT
Firstly korang kena ada akaun paypal dulu.... Sebab dia akan transfer mata menjadi duit kat akaun paypal korang... So, korang buat akaun paypal dulu...
1) Korang klik kat "Menebus Markah" pada "halaman saya"
2) Korang nampak gambar duit kan? Pilih amount yang korang nak... (minimum RM5 = 500 mata)
3) pastu ikut la dia punya arahan...
Ramai dah dapat duit dengan iPanelonline ni... Tak caye??? Rujuk bro kita ni... [Earncent.com]
Apa lagi... Jomla join...click je >> sini <<
register >> paypal
sumber : Nadia
Tuesday, March 15
lagi info pasal BPA
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu?
Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.
Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.
info : Puadede.Com
Apa itu Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA .
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
Kesan Terhadap Kesihatan
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
1.Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
2.Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
3.Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
4.Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
5.Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
6.Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
1.Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
2.Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
3.Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
4.Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
info : Ratu Hati
Friday, February 25
Apa yg nak ditonjolkan sangat?
kalau nak kata aku kolot atau apa..terserah.....
pada masa tu, aku tgh queue untuk beli ais blend kat carrefour...ada satu mamat ngan famili dia..(mak +adik-adik+wife+anak)...first aku tgk anak dia...siap berbangle and rantai....muka budak2...ada kala nya budak lelaki pun ada yang comel macam budak perempuan dan sebalik nya....so, aku pikir mungkin budak ni perempuan la kot....sebab masa tu dia dgn makcik2 dia n nenek dia (bertudung) tetiba datang satu couple...yg lelakinya, berantai emas dan berbangle...berseluar pendek n t-shirt berkolar tegak.....n wife dia berblouse n berseluar pendek.....n this mamat try tuk cut queue aku dgn terus mengorder apa yg dia nak...aiyaaa...apa yg dia pikir? apa gunanya ada queue lane nih...org lain pun nak cepat jugak...kalau mak n adik2 dia bley sabar queue...dia yg dtg dari mana terus cut queue n pegi depan2 kaunter....hahaha..tapi malu laaa...bila cik adik yg jaga gerai tu buat bodoh je ngan order dari dia....pregnant lady yg kat sebelah aku dah melopong tgk mamat tadik...aku just ckp..jgn pandang n kutuk dia...nnti kena kenan kat baby....terus dia pandang tempat lain.....
muka wife dia dah lain macam dahhh..last2 terus pi kat anak dia....bila dia panggil budak tu....aku terkesima kejap....rupanya..budak laki...tapi dipakaikan gelang n rantai oleh mak bapak dia...hmmm..insaf kejap...bapak dia pun berantai emas...inikan pulak anak.....
anak, ibarat kain putih...suci bersih...macam mana cara kita...itulah yang tercorak di atas nya...itulah yang akan menjadi pedoman idup dia.....
aku teringat anak2 aku...irfan n afiq...dua-dua muka comel...org sentiasa tersalah anggap anak aku girl....tapi itu anugerah Allah pada aku....aku akan didik mereka menjadi insan yang sepatutnye...
Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)
Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.
Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.
Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."
Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )
Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.
Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam. sumber: PPM
Hantu Tutup TV....
incik abg balik, aku terus bagitau.....pelik bin ajaib..muka incik abg sedikit berubah.... "hmmm...takpe la..kita bincang hal ni esok...atie rasa sue penat kot...."
keesokan tu, incik abg bukak cerita masa dalam kereta.... "semalam abg lepak ngan budak2 blok kat bawah.....kata dorg, blok kita tu yg paling lambat siap....dan kes org terjatuh n mati tu berlaku kat blok kita la....sebab dia indon dan tak de permit keje, dorg tanam kat area situ je....tapi kat mana tak tau le....ada org penah nampak kelibat masa dia baik keje...tapi tak pasti lahhh...abg pun selalu balik lambat...tapi tak penah pulak nmpk benda tuh" .....
"pasal main guli malam2 buta tu dorg ada ckp ngan abg tak?" "ada...umah kat tingkat 3...anak dia selalu menjerit pukul 1pagi..last2 panggil ustaz suruh tengokkan, katanya ada 3budak kecik tgh main guli kat umah dorg...tapi tak tau la apa yg ustaz tu buat...anak dia dah takde menangis lagi malam2 buta...benda ni mana-mana pun ada, tapi kita ada kekuatan kita iaitu Al-Quran...benda ni makhluk Allah juga.."
pasal bunyik guli tu, mmg dah lama berlaku....mula2 aku pelik gak, budak mana la main guli malam2 buta....tapi bila dah tiap-tiap malam, aku dah rasa lain macam....terus aku tak amik kisah...aku abaikan je....lama-lama, bunyi tu pun aku dah tak dgr....
tapi kdg2 hati aku cuak jugak...tapi bila pikir balik, benda tu pun makhluk Allah....di mana2 pun ada....so abaikan saje...cuma percaya benda tu wujud...tapi tak perlu nak obses sgt...
aku penah pergi kerja sebelum subuh dan pernah balik kerja selewat 3pagi....tak penah pulak nmpk benda2 camtu....org kata kalau tetiba je terasa seram sejuk, tanda benda tu ada di sekitar kita je...tapi kalau dah balik pagi2 buta, udara tgh sejuk..mmg confirm la terasa seram sejuk je....
selepas sehari, my maid update lagi cerita... "hari ni tetiba saje bunyi macam gas dapur....pastuh ada bunyi tv...sue tgk jugak...tapi dapur tak de yg terpasang...tv pun tak bukak....pastuh petang tadi, sebelum akak ngan abg balik, tetiba je tv tertutup sendiri....masa tu afiq pun ada...remote kat tempat dia...masakan ahh...skg ni sepi saje kak..." "takde apa2 la sue, perasaan sue saje....akak nak mandi dulu, nanti kita bincang balik lepas ni" lepas tu aku terus masuk bilik untuk mandi.....
selepas tu incik abg panggil maid n duduk kat ruang tamu "sue nampak ke benda2 tuh?" "tak la bang, sue pelik...tak boleh bangun...badan sue kaku..ngak bisa gerak satu badan...kenapa ye? lepas sue baca ayat kursi dan ayat2 quran yg lain, baru boleh gerak tapi badan sue lenguh dan sakit2 semua...lepas tu hari ni, ada bunyi macam gas keluar...bunyi tv...masa sue tgh tengok tv dgn afiq, tiba-tiba tv padam sendiri lahhh" ....
"mungkin sendi2 badan sue masih tak sedia masa sue bangun tido...bila sue paksakan badan sue...sue dah bagi tekanan...sebab tu bila sue dah dpt gerak, badan sue terasa sakit" "tapi bila sue baca surah kursi baru sue boleh gerak laa" "yer la, sebab bila sendi badan dalam keadaan tak sedia dan sue tiba-tiba tersedar dari tidur...semua tu akan ambik masa baru boleh gerak...mungkin masa sue baca ayat kursi...sue bagi peluang kat badan sue untuk pulih....tapi sebab sue dah bagi tekanan pada awalnya, sebab tu badan sue jadi lenguh-lenguh"...."pasal bunyi gas, mungkin saliran dari umah sebelah....lagi pun benda tu berlaku siang hari la sue..rumah sebelah ni ada org"
"tak pernah nmpk la org nye kak, org nye dah pegi kerja" "kat umah sebelah ni ada nenek...tapi skg ni dia dah jarang keluar...dulu dia selalu keluar sapu sampah kat depan umah tu..kat tangga...bunyi tu memang ada bila dorg bukak paip air...kat umah ni bunyi macam gas yg keluar..tapi kalau sue perasan, benda tu tak lama pun....pastuh benda tu sue cuma dgr bila ada org memasak kat sebelah umah tu"...
"pasal tv tu kak?" "pasal tv tu, mungkin perasaan sue je...lagipun tv tu ada timer...mungkin afiq tertekan masa main remote....kalau sue nak tau, kipas kat umah ni pun ada timer...sue boleh je nak setkan nak pasang kipas berapa lama...pastuh dia akan off sendiri....sue jangan pikir sangat la hal-hal macam ni"
"sue baca quran...sue tentu tau benda2 tu wujud...tapi kita sekadar amik tau benda tu wujud...sudah la....tu yg abg tak gemar sue tengok cerita hantu..bukan tak boleh tengok...tapi takut terbawa-bawa...sue dah lama duduk sini...sebelum ni sue penah alami tak?" "tak pula...itu lah sue pelik..dah hampir setahun sue kat sini...sekarang baru ada macam2, bila dah tv tutup macam tu..sue terus bawak adik main kat bawah aje laa".... "hemm...yelahh..sebelum ni sue sibuk dgn irfan dan afiq...bila irfan takde, umah jadi sunyi...tu yg sue dengar macam-macam....takpe la, esok irfan balik..." "kalau sue risau bunyi tv tu, lepas sue dah tanak tengok...sue power off kan je..kakak tak kisah sue nak tgk cerita hantu...tapi jgn sampai terbawa-bawa...dah jadi macam ni, sue dah pikir macam-macam...itu cerita siang hari...malam pula, sue ada dengar apa-apa?" "takde la kak"
Alhamdulillah, nasib baik dia boleh terima penjelasan kami......
selepas irfan balik, rutin maid aku dah kembali seperti biasa....ayat pertama incik abg untuk dia
"hari ni macam mana? ada lagi sue dengar macam-macam?" "takde la bang...2hari tu aje" "kan abg dah ckp, mungkin perasaan sue saje...takde apa-apa la..mungkin sue teringat irfan je kot"
kalau diikutkan, rumah aku tak penah miss bacaan Al-Quran setiap minggu, even setiap hari maid aku baca Quran...dan setiap hari umah aku bermop...setahu aku, benda-benda macam ni amat gemarkan kepada benda yg kotor...sebab tu abah aku cukup pantang kalau anak2 dia masuk toilet masa azan...sebab masa ni, syaitan iblis tgh berkeliaran melarikan diri...mana lagi tempat tujuan kalau bukan tempat-tempat yg macam tu....Alhamdulillah, setakat ni, area umah aku masih dalam keadaan terkawal...agenda bacaan yasin peringkat blok pun sering kali diadakan....paling tidak pun sebulan sekali....

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "
Apa kata al-Quran…
Di dalam al-Quran, Allah memang memberitahu kita mengenai kewujudan makhluk jin dan iblis ini, Mereka memang ada dan ada di kalangan mereka yang beriman dan ada di kalangan mereka yang kafir
(Rujuk surah al-Jin).
Mereka golongan yang diperintahkan Allah untuk beriman. Yang beriman akan beramal dan taat seperti kita dan yang kafir akan menurut langkah-langkah syaitan.
Mereka yang kafir dan jahat ini akan menjadi tentera syaitan untuk mengganggu manusia.
Persoalannya, kenapa jin kafir dan syaitan ini mengganggu seseorang? Kandang kala kita pelik, yang kena hysteria adalah di sekolah-sekolah agama, yang nampak dan kena rasuk adalah orang-orang Islam.
Kenapa dan Mengapa?
Sebenarnya, jin kafir dan syaitan ini, mereka mempunyai satu matlamat. Mereka merasuk bukannya sebab mereka saja-saja. Matlamatnya ialah untuk menyesatkan dan mensyirikkan seseorang kita. Jika berlaku kerasukkan, katakanlah kita memanggil seorang bomoh. Bomoh ini pun membuat upacaranya yang kadang-kala bertentangan dengan syarak. Di hujung upacara, bomoh memberikan tangkal dan azimat untuk diletakkan di sana dan sini. Kemudian, kita lihat, keadaan menjadi baik, tak ada dah gangguan, tak ada lagi kerasukkan. Kita pun bukan main percaya lagi dengan tangkal yang diberikan.
Kenapa tidak ada lagi gangguan setelah kita meletakkan tangkal ini? Ini kerana, ketika kita mula mempercayai tangkal, maka iman kita telah rosak, kita telah syirik pada Allah. Apabila iman kita rosak, maka matlamat syaitan untuk menyesatkan seseorang itu telah berjaya. Maka sudah tentu mereka tidak akan mengganggu lagi, mereka akan meninggalkan orang yang telah rosak imannya itu. Kenapa? Kerana, memang matlamat syaitan adalah untuk merosakkan akidah setiap anak Adam. Matlamat mereka telah berjaya. Sebab itulah, jika berlaku gangguan jin dan iblis ini, cara menanganinya ialah dengan menggunakan al-Quran dan Hadis, lambat sikit tak apa, asalkan, akidah kita selamat dan jin serta iblis itu pasti binasa dengan keagungan Allah melalui kalam sucinya.
Kegerunan jin dan Iblis adalah kerana kita membacakan ayat-ayat mengagungkan Allah. Rasa mengagungkan Allah akan menyebabkan jin dan Iblis itu takut dan lari. Sebab itu, jika kita lihat, ayat-ayat yang hebat di dalam al-Quran, semuanya adalah ayat-ayat Tauhid, iaitu ayat mengangungkan Allah.
Cuba lihat makna ayat Kursi, ayat seribu dinar dan sebagainya. Ayat-ayat itu adalah ayat mengagungkan Allah. Jika kita baca dengan perasaan mengagungkan Allah, maka Allah akan letakkan rasa gerun jin dan Iblis itu dan mereka akan lari meninggalkan kita.
Oleh yang demikian, jika terdapat ganguan, maka berubatlah dengan al-Quran. Antara ayat yang boleh kita amalkan ialah ayat kursi, dua ayat akhir surah al-Baqarah, 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi.
Mudah-mudahan, Allah memelihara kita jika kita terus menjaga iman kita. Sesungguhnya, tiada segala-galanya di dunia ini melainkan datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. sumber: Ustaz Amin
Thursday, February 17
Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Quran menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.Surah al-Ankabut , ayat 2-3.
Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.Surah al-Baqarah , ayat 216.
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab , Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Surah al-Baqarah, ayat 286.
Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab , Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran , ayat 139.
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.Surah al-Baqarah ayat 45.
Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .Surah at-Taubah, ayat 129.
Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab , Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Surah at-Taubah , ayat 111.
Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. Surah Yusuf , ayat 12.
Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Surah al-Insyirah, ayat 5-6.
sumber : direct email
Tuesday, February 15
Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul untuk semua : dari RashAtie.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sunday, January 30
Katarak Mata

sumber: mr google
"Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat pengerasan lensa yang tidak terhindarkan, tanpa ada rasa nyeri maupun rasa tidak nyaman. Biasanya penyakit katarak kebanyakannya dihidapi oleh pesakit diabetis. Penyakit ini berlaku apabila kanta mata semakin legap dan mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Kanta yang semakin legap akan menyebabkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang. Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam indidvidu yang telah melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka." sumber: majalah sains
Alhamdulillah, pembedahan mata MIL aku berjalan lancar....
Tuesday, January 18
Kahwin Kerana Apa?

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.
Kriteria
Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.
"Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.
Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:
"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)
Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya."
Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.
Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh. "Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan," katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.
"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.
"Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.
Friday, July 16
logik ke alasan yg dia bagi?
bila dah naik....xde la plak nak turun...harga barang akan kekal sehingga harga minyak naik lagi..naik dan naik lagi....
dok pikir pasal org keta kancil upgrade ke keta besar....tak de plak nak pikir yg org hari2 tak makan tuu....hmmm inilah yg dikatakan...rakyat di dahulukan....papehal...rakyat yang tanggung dulu.....
dulu aku penah masuk dlm satu rumah...kwsn rumah aku gakk...rumah tu dorg sewa...alhamdulillah la....ada gak rumah kann..ngan anak2 yg sedang membesar..yg paling bongsu pun muda setahun dr irfan....
time tu...aku nak selamatkan EBM aku yg selonggok tu sbb peti ais umah aku rosak....bila aku nak tumpang letak EBM tu kat umah jiran aku tu...aku tgk peti ais dorg kosong....KOSONG....xde apa2...yg ada telur ayam 2bijik...hujung minggu plak tuu...adoyaiii...tu kwsn umah aku....yg sewa nya masih boleh tahan...
bagaimana pulak di kawasan2 lain? setinggan? yg tido merempat...adoyaii...xpe la..ni kan kerajaan pilihan bersama....apa2 pun kena la tanggung bersama ye dak?? nasib baik le bil air free....tapi tatau le smpi bila.....
xpe la...jom la pakat2 rayakan kenaikan harga barang lagi....
harga barang naik...tapi gaji tak jugak naik2....pastuh tiap2 taun kena bayar income tax lagi....

--------------------------------------------------------------------------------------
Harga gula, petrol naik ---sumber: harian metro
2010/07/16
KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.
Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG RM1.85 sekilogram. “RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan mekanisme harga automatik. Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.
“Bagi gula, pelarasan harga 25 sen sekilogram,” katanya.
Menurut Najib dalam kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.
“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.
“Walaupun membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara terendah di rantau ini,” katanya.
Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.
Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula berasaskan hakikat pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu berasaskan tiga perkara penting.
Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan rakyat tempatan berpendapatan tinggi yang mampu membayar harga tanpa subsidi.
Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau kereta Kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.
Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.
Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini. Pada 2009 saja, Najib berkata, penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan. “Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu,” kata Perdana Menteri.
Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.
Najib berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengadakan perundingan dengan rakyat.
“Beribu-ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian pada Hari Terbuka Makmal Dasar dalam proses mendapatkan maklum balas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Bagi reformasi subsidi, bajet, Program Transformasi Kerajaan dan kini Bidang NKEA, kerajaan membabitkan orang ramai, mendengar dan belajar, dan bertindak, mengikut keutamaan negara,” katanya.
Beliau berkata, langkah ini dilaksanakan supaya ia hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.
“Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani,” kata Najib.
Dengan memilih melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisit fiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia, kata Najib.
Perdana Menteri berkata, langkah ini akan meningkatkan kestabilan kewangan Malaysia dan pada masa yang sama melindungi rakyat. - Bernama
Tuesday, June 15
Millatfacebook hanyalah propaganda orang yahudi ?

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penciptaan jaring sosial untuk umat islam iaitu Millatfacebook.
MillatFacebook yang dikatakan dibuka oleh pakar IT dari Pakistan adalah bertujuan untuk mengumpulkan komuniti islam..tetapi baru-baru ini apabila diselidik ternyata ia adalah milik yahudi...adakah ia benar?? mari kita lihat..Ops..sebelum tu, kita jangan tuduh-menuduh, tapi,kita boleh berfikir dengan betul kan.so,sama-sama kita beri pendapat.
Pertama, untuk millatfacebook.com (double L) yang katanya dari Pakistan
Ini hasilnya setelah ping dari cmd :
Microsoft Windows [Version 6.1.7600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.
C:\Users\Free Palestine>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=47
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=47
Ping statistics for 204.61.223.84:
Packets: Sent = 2, Received = 2, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 379ms, Maximum = 383ms, Average = 381ms
Control-C
^C
C:\Users\Free Palestine>
Dari sini didapat kan IP Address: 204.61.223.84
Lalu, metode selanjutnya, dengan melakukan trace pada IP Addres tersebut. Bisa Anda boleh memasukkan IP Addres nya disini
Dan berikut hasilnya:
IP Address: 204.61.223.84
Hostname: node-lb0.millatbook.com
IP Country: United States
IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Texas
Guessed City: Friendswood
IP Latitude: 29.5141
IP Longitude: -95.1903
Organization: Lakota Data Center LLC
ISP Provider: Lakota Data Center LLC
Kedua, dengan metode yang sama, untuk milatfacebook.com / joinpk.com (L nya satu)
Berikut hasilnya :
IP Address: 64.202.189.170
Hostname: pwfwd-v01.prod.mesa1.secureserver.net
IP Country: United States
IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Arizona
Guessed City: Scottsdal
IP Latitude: 33.6119
IP Longitude: -111.8907
Organization: GoDaddy.com
ISP Provider: GoDaddy.com
Ketiga, situs jejaring sosial koprol.com yang ternyata bukan milik Indonesia, tapi milik Republik Korea
Berikut hasilnya utk koprol.com :
IP Address: 180.233.199.240
Hostname: 180.233.199.240
IP Country: Korea, Republic of
IP Country Code: KOR
IP Continent: Asia
IP Region:
Guessed City:
IP Latitude: 37
IP Longitude: 127.5
Organization:
ISP Provider:
Keempat, sebagai perbandingan, situs asli facebook.com (milik mark zuckerberg)
Berikut hasilnya :
IP Address: 69.63.189.16
Hostname: www-11-01-ash2.facebook.com
IP Country: United States
IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: California
Guessed City: Palo Alto
IP Latitude: 37.4429
IP Longitude: -122.1514
Organization: Facebook
ISP Provider: Facebook
BAGAIMANA ? MASIH PERCAYA MILLATFACEBOOK BERASAL DARI PAKISTAN ?
SAMPAI SEKARANG PUN SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG MENDIRIKAN, SAYA HANYA TAHU BAHWA ITU BERASAL DARI AMERIKA, HANYA BERBEZA NEGARA BAGIAN. DAN BOLEH JADI MILIK SATU PERUSAHAAN YANG SAMA DENGAN FACEBOOK
KEMUDIAN KOPROL, BENARKAH PUNYA INDONESIA ? TERNYATA BUKAN
Apakah site IP Locator nya yang salah ? Ternyata site nya TIDAK SALAH. Ini contohnya untuk site yang memang beasal dari negara tersebut. Saya ambil contoh situs koran republika
Hasilnya memang benar berasal dari Indonesia, ternyata IP Locator nya benar.
IP Address: 118.82.8.132
Hostname: 118.82.8.132
IP Country: Indonesia
IP Country Code: IDN
IP Continent: Asia
IP Region: Jakarta Raya
Guessed City: Jakarta
IP Latitude: -6.1744
IP Longitude: 106.8294
Organization: PT. Digital Wireless Indonesia
ISP Provider: PT. Digital Wireless Indonesia
P/S : "Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu ummat islam.."
ni aku copy paste je ye....amik kat sini >> SINI
Sunday, May 16
persediaan ibu bersalin
entry pasal ni akan menyusul kemudian...
Friday, January 1
baby and junior fair sudah kembali....
Day 1
Time Programme
11.00am-11.30am Milna Rusk Baby Photo Contest
11.30am-12.00pm Aku and Kamu’s Fun Factory
12.00pm-1.00pm Nestle Cerelac Junior Crawling Contest
1.00pm-1.30pm Happy Hour With Nestle Blue Bear
1.30pm-1.45pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
1.45pm-3.30pm Creative Photo Frame Making Contest-By The Picture Company
3.30pm-4.00pm Bowling Challenge-By Bumble Bee
4.00pm-4.15pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
4.15pm-5.00pm Sciences Knowledge- By Galaxy Kids
5.00pm-5.30pm Alice In Babyland Game
5.30pm-6.00pm Dress Up Your Baby With Babe Genius Contest
6.00pm-6.30pm Aku and Kamu’s Fun Factory
6.30pm-6.45pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
Day 2
Time Programme
11.00am-11.30am Johnson & Johnson Kids Fun Time Photo Contest
11.30am-12.00pm Aku and Kamu’s Fun Factory
12.00pm-1.00pm Nestle Cerelac Junior Crawling Contest
1.00pm-1.30pm Happy Hour With Nestle Blue Bear
1.30pm-1.45pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
1.45pm-4.00pm Shoe Painting Competition (Category A)-By Pallas & Pelikan
4.00pm-4.15pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
4.15pm-5.00pm How To Develop Children Reading Habit-By Galaxy Kids
5.00pm-5.30pm Alice In Babyland Game
5.30pm-6.00pm Dress Up Your Baby With Babe Genius Contest
6.00pm-6.30pm Aku and Kamu’s Fun Factory
6.30pm-6.45pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
Day 3
Time Programme
11.00am-11.30am Heinz Homemade Baby Food Contest
11.30am-12.00pm Aku and Kamu’s Fun Factory
12.00pm-1.00pm Nestle Cerelac Junior Crawling Contest
1.00pm-1.30pm Happy Hour With Nestle Blue Bear
1.30pm-1.45pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
1.45pm-4.00pm Shoe Painting Competition (Category B)-By Pallas & Pelikan
4.00pm-4.15pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
4.15pm-5.00pm Science Knowledge-By Galaxy Kids
5.00pm-5.30pm Alice In Babyland Game
5.30pm-6.00pm Dress Up Your Baby With Babe Genius Contest
6.00pm-6.30pm Aku and Kamu’s Fun Factory
6.30pm-6.45pm Pregnant Women Lucky Draw-By Friso Mum Gold
Workshops & Talks
Venue: Function Room A, MVEC
12pm-2pm, Friday-Sunday
14th -16th Jan 2011 Children Massage, A Gift of Touch- By VE Educational Centre
2pm-3pm,Saturday
15-Jan-2011 Ante-Natal Exercise- By Bio-Oil
4pm-5pm, Friday-Sunday
14th -16th Jan 2011 Hormonal Management-By Wow Club
5pm-6pm, Friday-Sunday
14th -16th Jan 2011 7 Layer Early Stage Breast Health Scanning-By Wow Club
6pm-7pm, Friday-Sunday
14th -16th Jan 2011 12 Days Womb Detoxification Programme -By Wow Club
sumber: linkz event
Monday, August 10
Anemia ancam janin
Sebenarnya dakwaan itu tidak tepat kerana pil itu adalah pil multivitamin yang mengandungi banyak zat besi; iaitu bahan penting untuk memastikan wanita hamil tidak mengalami masalah kekurangan darah.
Kekurangan darah bukan saja menyebabkan keletihan melampau tetapi lebih membimbangkan ia boleh mengakibatkan keguguran, mudah mendapat jangkitan dan bersalin tidak cukup bulan.Dianggarkan satu daripada lima orang mengalami masalah kurang sel darah merah yang menyebabkan mereka mudah letih, kulit menjadi pucat, sukar menumpukan perhatian, sering sakit kepala, jantung berdegup cepat, tercungap-cungap, pening dan pada kes teruk, seseorang boleh pitam secara tiba-tiba.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kadar kelaziman anemia paling tinggi berlaku di kalangan penduduk Asia Tenggara iaitu 57 peratus.Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2007 mendapati, 38 peratus wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan darah dan 84.8 peratus tidak mendapat cukup asid folik iaitu satu daripada vitamin B yang membantu badan menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah.
Kadar kelaziman anemia di kalangan wanita hamil juga tinggi iaitu sehingga 35 peratus, tetapi kebanyakannya dikategorikan sebagai anemia ringan dan masalah ini lebih kerap berlaku pada wanita India dan Melayu.Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Norleen Mohd Salleh, berkata kebanyakan wanita mengalami anemia ketika mengandung dan 90 peratus kes disebabkan kekurangan zat besi.
Ini sebabnya wanita hamil disaran menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, terutama sayur berdaun hijau, kekacang, daging merah dan makanan yang diperkaya zat besi. Oleh kerana gejala anemia sangat umum, ramai tidak menyedari mereka mengalami masalah ini. Biasanya bagi wanita hamil, ujian dilakukan pada kunjungan pertama ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan kehamilan.
Anemia ialah keadaan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna merah kepada sel darah.Ia adalah masalah yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama wanita, kerana mereka didatangi haid setiap bulan. Jarang lelaki mengalami anemia, kecuali jika mereka menghidap penyakit.Selain itu, hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke semua sel dan organ dalam badan.
Kekurangan sel darah merah bermakna kita kekurangan hemoglobin dan akibatnya sel di dalam badan tidak menerima cukup oksigen.Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.Justeru, untuk memiliki sel darah sihat, kita memerlukan buah pinggang, hempedu dan sumsum tulang yang sihat kerana di sinilah sel darah dihasilkan.Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah.
Paras hemoglobin yang normal ialah antara 13.8 to 17.2 gm/dL bagi lelaki dan 12.1 to 15.1 gm/dL bagi wanita.Individu yang paras hemoglobinnya kurang 13 gm/dL (lelaki) dan 12 mg/dL (wanita) dianggap mengalami masalah anemia. Secara umumnya, rata-rata lelaki Malaysia mempunyai paras hemoglobin antara 12 hingga 13 gm/dL dan wanita pula sekitar 11 gm/dL.Angka ini sangat penting kerana setiap penurunan satu peratus paras hemoglobin meningkatkan risiko kematian sebanyak 10 peratus, terutama pada wanita hamil.“Ramai orang tidak faham bagaimana kehamilan boleh menyebabkan anemia.
Sebenarnya ketika hamil, isipadu darah bertambah 50 peratus, menyebabkan kepekatan darah berkurang. Ini sebabnya sesetengah kakitangan perubatan menggunakan istilah darah cair bagi memudahkan pemahaman.“Ia dipanggil anemia ketika hamil dan yang perlu dilakukan hanya menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber zat besi.“Perkara ini juga disebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan darah oleh janin dan keperluan semula jadi si ibu,” katanya pada forum kesihatan pengurusan anemia anjuran bersama Pusat Perubatan Sunway.Kekurangan zat besi ketika hamil berlaku kerana janin menggunakan sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan pembentukan organnya, terutama pada bulan ketiga terakhir kehamilan.
Jika si ibu ada bekalan sel darah merah berlebihan sebelum hamil, janin boleh menggunakannya.Jika tidak, seseorang wanita mengalami anemia kekurangan zat besi ketika hamil. Biasanya individu anemia kehilangan empat hingga 10 miligram zat besi ketika haid dan 500 miligram zat besi apabila hamil.
Punca anemiaPunca anemia ada banyak, tetapi ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu primer (diwarisi) dan sekunder (diperolehi), kata Perunding Perubatan dan Hematologi, Dr Vijaya Sangkar Jaganathan.
a. Punca primer (diwarisi)
· Kecacatan membran
· Kecacatan globin (seperti pesakit talassemia alfa dan beta)
· Kecacatan enzim (seperti enzim G6PD)
b. Punca sekunder (diperolehi)
· Pemakanan
· Kehilangan darah
· Pendarahan dari faraj atau dubur disebabkan penyakit
· Kegagalan sumsum tulang
· Kanser
· Penyakit kronik
· Ulser dan pendarahan dalam perut
· Kesan sampingan ubat
· Penyakit autoimun
· Jangkitan
· Kehamilan terlalu kerap
Kumpulan berisiko alami anemia
· Wanita hamil (30 peratus wanita hamil alami masalah kekurangan darah)
· Kanak-kanak kecil kurang dari dua tahun
· Remaja perempuan, terutama yang baru datang haid
· Orang tua (60 tahun ke atas)
· Atlit perempuan
· Vegetarian vegan (yang amalkan pemakanan yang sangat terhad)
· Individu yang ada penyakit menyebabkan penyerapan zat besi terjejas atau disertai kehilangan darah
· Penyakit keradangan usus
· Ulser usus disebabkan jangkitan bakteria Helicobacter pylori
· Kehilangan darah yang kronik
Bagaimana untuk tahu sama ada kita anemia atau tidak?
Gejala anemia agak umum dan mengambil masa panjang untuk dilihat. Gejala paling jelas ialah keletihan walaupun melakukan kerja ringan dan najis berwarna gelap atau kehitaman (menandakan kehadiran darah) serta sangat berbau. Antara gejala lain ialah:
· Kulit pucat
· Lemah seluruh badan
· Selalu pening
· Jantung berdegup lebih pantas atau tidak normal
· Sakit kepala
· Sesak nafas dan tercungap-cungap ketika melakukan kerja
· Tangan dan kaki berasa kebas
· Keadaan di atas mungkin jadi lebih teruk jika hamil
· Lidah menjadi licin
· Ulser di tepi mulut yang menyebabkan rasa sakit
· Kuku menjadi kering, terkopek atau berbentuk seperti sudu
Apa bahayanya anemia pada wanita hamil?
Menurut Dr Norleen, anemia menyebabkan komplikasi kepada ibu dan anak. Komplikasi pada ibu berlaku sepanjang kehamilan, ketika bersalin dan selepas melahirkan anak iaitu:
a. Komplikasi ketika hamil
· Keguguran
· Peningkatan berat badan yang sangat sedikit
· Bersalin tidak cukup bulan
· Anak mati dalam kandungan
· Jangkitan
b. Ketika bersalin
· Sukar melahirkan anak
· Risiko tindak balas badan terhadap ubat bius
· Kegagalan jantung
c. Selepas bersalin
· Pendarahan
· Aliran darah tersekat (akibat kehadiran darah beku atau bahan lain seperti gelembung udara, lemak atau air ketuban)
· Pereputan tisu
d. Risiko pada bayi
· Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan)
· Tidak cukup berat
· Bayi gagal atau lambat membesar
· Bayi perlukan bantuan pernafasan berpanjangan
· Penilaian Apgar (aktiviti dan bentuk otot, denyut nadi, tindak balas kerengsaan, warna kulit dan pernafasan) yang rendah
Diagnosis dan rawatan
Kata Dr Vijaya, pengesahan anemia sangat mudah iaitu melalui ujian darah untuk mengetahui kiraan penuh sel darah. Hanya dalam keadaan tertentu doktor perlu melakukan ujian lanjutan, terutama bagi yang ada masalah keturunan.“Anemia bukan penyakit tetapi keadaan yang perlukan rawatan untuk membolehkan seseorang hidup sihat. Jika dibiarkan, anemia mengancam nyawa seseorang, terutama jika menjadi serius.“Rawatan bergantung kepada punca masalah. Jika puncanya dirawat, individu berkenaan akan sembuh daripada masalah ini kecuali jika membabitkan punca keturunan seperti talassemia, kekurangan enzim G6PD atau penyakit autoimun.“Pemindahan darah dilakukan jika terpaksa, tetapi ia hanya penyambung kepada rawatan dan bukan rawatan khusus bagi anemia.
Selain vitamin, sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang disuntik ke dalam salur darah atau otot, seseorang perlu menjaga pemakanannya. Sayur-sayuran hijau seperti kangkung dan bayam baik untuk orang anemia kerana ia mengandungi banyak zat besi,” katanya.Bagi wanita hamil, mereka diberi pil zat besi yang turut mengandungi asid folik yang memberi kesan segera. Kedua-dua bahan ini sangat penting untuk perkembangan janin, jadi jangan buang pil vitamin yang diberi doktor.Pil zat besi tidak boleh diambil bersama makanan daripada gandum kerana ia mengurangkan keupayaan badan menyerap zat besi.
Dr Norleen berkata, suntikan zat besi hanya diberi jika pil tidak berkesan atau wanita mengalami alahan. Bagaimanapun, kesannya agak lambat (dua minggu) dan ia menyakitkan.“Zat besi boleh diperoleh daripada daging, ayam, itik, ikan, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan kaya vitamin C.
Elak makanan mengandungi asid fitik dan tanik seperti roti rye, kopi, teh, kola dan coklat kerana ia menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.“Walaupun disaran makan secukupnya, jangan pula ada yang mengambil pendekatan makan untuk dua orang. Konsep ini salah kerana ia menyebabkan masalah kegemukan yang lebih sukar diatasi,” katanya.