Friday, January 7

Apa gelaran yang layak bagi mereka?

kini hampir setiap hari kita mendengar mengenai pembuangan bayi/janin..samada masih bernyawa atau sudah reput dimakan masa....

dimana ibu atau ayah mereka? layak ke mereka ini digelar ibu/ayah? hanya berlandaskan nafsu semata...aku tak yakin bayi2 ini lahir hanya kerana pengalaman satu malam...kalau ada pun hanya sedikit bilangan nya...adakah mangsa rogol akan menyimpan benih dari insan yg tidak diketahui siapa? dengan kewarasan fikiran aku dapat rasakan ianya adalah benih dari insan bercinta yang berlandaskan nafsu semata....

apakah gelaran yg patut diberikan kepada mereka? manusia keji...pelacur atau sebagai nya? pelacur pun ada harga yg ditetapkan dan masih mengambil langkah berjaga2 untuk mengelak dari hamil....konon bukti kasih sayang...tapi end-up, bayi yg dilahirkan di campak merata tempat ibarat sampah yang tidak bernilai...


1 comment:

  1. Hrmmmm...
    perbincangan entri yang menarik untuk dibincangkan.
    Tuan Penasihat pun tak tahu nak bagi gelaran apa.
    tapi yang pasti perkara sebegini tidak seharusnya terjadi.
    sedih sedih sedih.

    ReplyDelete