Monday, July 27

Minggu pertama

Minggu ni adalah minggu pertama bagi bagi ibu dan irfan di rumah. lepak-lepak bersama tanpa kehadiran ayah...
mungkin mula-mula je tak biasa....ayah sambung blaja, bukan nye flirting dgn sesiapa..so kena la berkorban masa...untuk masa depan kita jugak!!

hari sabtu dah nampak tanda-tanda irfan nak demam.....tabiat irfan yang ibu paling tak suka adalah bukak peti sejuk dan angkut keluar segala botol air...tetapi entah mana silap....may be irfan pegang botol tu tak kuat....botol tu jatuh timpa kaki irfan........

mungkin irfan terkejut........petang tu suhu badan irfan naik....macam biasa, kalau irfan demam, irfan sangta manja.........nak dukung je sepanjang masa.....duduk nak beriba...tidur nak berteman.......


pagi ahad suhu irfan masih tak turun....ubat dah minum tapi macam takder kesan....bengkak kaki irfan dah surut tapi lebam masih tak ilang....tgh hari suhu irfan makin tinggi..irfan dah tanak makan ubat....food pun irfan tanak.....susu setitik pun irfan tak minum.....semua irfan tak nak........yang irfan mahu cuma air dan tido je itupun nak berteman...bila irfan dah nyenyak baru ibu bangun nak setelkan keje rumah mana yang tak setel.....

tak sempat nak setelkan semua, irfan dah bangun...ibu lapkan badan irfan....ibu masakkan kegemaran irfan...tapi sedikit pun irfan tak nak makan....suhu irfan dah makin tinggi...sori sayang..ibu tau irfan tak suka..tapi ibu terpaksa berikan irfan sub-pcm...

ibu buatkan irfan sup cendawan....selama ni tak pernah irfan tolak...tapi hari ni irfan tak nak.....sedih ibu!!! tapi akhirnye irfan bukak mulut bila irfan tgk air mata ibu dah menitis laju.....terima kasih sayang....walaupun irfan makan tak banyak, tapi tak apa la..asalkan ia nya mampu mengalas perut....lepas makan, irfan kembali tido di pelukan ibu.....

ubat mula bekerja bila suhu badan irfan mula turun....alhamdulillah....walupun tak sembuh sepenuhnya, tapi ia nya mampu buat ibu menarik nafas lega......

pagi isnin.....suhu irfan masih tak berganjak...tapi dah tak seperti semalam. sejak malam tadi irfan makan ubat homopati......nampak selera irfan dah kembali tapi tak sepenuhnya. irfan cuma nak makan butter cookies dan ayam goreng je....saat bingkisan ini di taip, irfan tengah nyenyak tido...suhu badan dah makin turun...hopefully petang ni irfan sihat seperti biasa....

0 Comments:

Post a Comment